Koleksi fesyen musim luruh tahun ini!

Fesyen terkini lebih berani dan bergaya!

Musim luruh tidak lagi muram dengan hanya percikan rona neutral dan persalinan polos. Namun, bukan saja persalinan tipikal yang selalu disarungkan bila tiba musim ini seperti kot tebal, gaun labuh, beg tangan ringkas dan kasut but. Fesyen musim ini hadir dengan pelbagai rona lebih unik, cetakan yang menarik hati dan butiran yang memukau. Sekaligus, item ini boleh disarung semasa percutian anda. Jelita kongsikan item fesyen musim luruh/dingin untuk anda gayakan daripada persalinan hingga ke item aksesori! 

1 of 5

iORA membuka butik konsep terbesar di Malaysia yang terletak di pusat beli-belah ikonik, Mid Valley Megamall. Ia menempatkan tiga sub-jenama dalam satu bumbung iaitu iORA, Lalu dan Sora. iORA memaparkan neutral klasik dengan gabungan merah dan fuschia yang memberikan penampilan penuh berkuasa serta berkeyakinan tinggi. Gabungan longgar serta drapey daripada helaian kait mencetuskan impak elegan klasik sementara sut dan skirt berlisu mencipta stail yang lebih sofistikated, justeru menambah sentuhan formal pada koleksi ini. Lalu pula menonjolkan padanan keselesaan yang kasual dengan rona terang merah bersama hijau gelap yang disifatkan kombinasi menarik bagi musim ini. Rona-rona musim luruh bagi koleksi ini merangkumi rona cair yang menenangkan hingga ke rona paling terang, berbeza dan unik.

iORA

1 of 5