KOH GEN DO MENEMBUSI PASARAN MALAYSIA

Rangkaian produk Koh Gen Do kini tiba di Malaysia.

Koh Gen Do, jenama penjagaan kulit wajah dan solekan dari Jepun yang diasaskan lebih dari 30 tahun telah tiba di Malaysia buat pertama kalinya.

Jenama ini menggabungkan kebaikan bahan alami dan botani dan dipertingkatkan mutunya dengan teknologi penjagaan kulit Jepun untuk memelihara dan merawat kulit wajah.

Koh Gen Do telah dilancarkan secara rasminya oleh Cik Yunje Jang, Pengurus Besar Pembangunan Jualan Luar Negara, Koh Gen Do di satu acara media pada 4 Oktober 2019 baru – baru ini.

“Kami sangat berbesr hati kerana dapat menawarkan produk kami kepada rakyat Malaysia dan juga memperoleh rakan kongsi yang baik pelbagai saluran pemasaran seperti Play Up untuk saluran runcit, Hermo untuk pembelian atas talian dan Air Asia serta Our Shop yang juga sebagai rakan saluran bebas cukai. Pelanggan di Malaysia kini dapat menikmati produk kami yang terjual laris secara global dan digemari selebriti terkenal seperti Aqua Foundation, SPA
Cleansing Water, Base Color Makeup dan Illuminator.

Koh Gen Do berpegang kepada konsep kecantikan semulajadi. Setiap wanita memiliki kecantikan tersendiri. Produk kami tidak mengandungi pewarna tiruan, haruman, atau minyak mineral yang berasaskan petroleum,”ujar Cik Yunje Jang lagi.

Pelakon terkenal  Jepun, Ai Saotome berkata produk Koh Gen Do sesuai dengan kulitnya kerana dia banyak menghabiskan masa di set penggambaran dan terdedah dengan cahaya matahari. Dengan menggunakan bahan pelembap yang berasaskan tumbuhan serta kecanggihan teknologi, produk penjagaan kulit dan solekan ini dapat mengekalkan kulit sihat berseri setiap masa. Produk Koh Gen Do juga dapat meningkatkan keupayaan kulit untuk pulih secara semula jadi, untuk menjadikan kulit lembut, licin dan sihat.

Anda boleh miliki rangkaian produk Koh Gen Do dengan harga bermula RM125 hingga RM190 di Play Up, Hermo, Air Asia Duty Free dan Merchandise, Ourshop dan Lazada.