Kebaikan Formulasi Botani Untuk Rambut

Rambut bebas kelemumur dan lebih sihat

Apakah yang menjadi keutamaan ketika anda membeli sesuatu produk kecantikan? Adakah kerana jenamanya popular dan meyakinkan, manfaat atau bahan kandungan yang bagus untuk kulit?

Bagi penulis, semua ini memainkan peranan penting, kerana barulah kita berasa puas hati apatah lagi jika harga sesuatu produk itu bukan sebarangan ya. Biarlah pembelian itu berbaloi dengan hasil yang kita akan dapat.

Terbaru, Clear Malaysia melancarkan rangkaian produk penjagaan rambut berasaskan botani yang pertama, iaitu syampu dan perapi yang hadir dengan formulasi 100 peratus ekstrak botani semula jadi yang bebas paraben serta pewarna untuk rambut yang lebih kuat dan sihat.

Rangkaian produk yang diperhebat dengan teknologi anti-kelemumur ini  bertindak melindungi rambut dan kulit kepala tiga kali ganda daripada syampu biasa.  Formulasi baharu ini menguatkan kulit kepala agar bebas kelemumur di samping mengekalkan rambut yang kelihatan kuat bersinar dan cantik bermaya.

Menurut Natalie Goh, Pengurus Pemasaran Kategori Rambut dari Unilever berkata, wanita masa kini mencari solusi cantik yang cepat, pantas dan mudah digunakan.

“Untuk mendapatkan rutin penjagaan rambut yang sempurna adalah sukar kerana wanita hari ini bukan hanya mencari jawapan untuk rambut yang bebas kelemumur. Sebaliknya, mereka menginginkan penyelesaian penjagaan rambut menyeluruh yang boleh menyelesaikan masalah kelemumur di samping memelihara rambut mereka. Inilah idea yang mendorong kami untuk memperkenalkan Clear  Botanique kepada pengguna kami,” katanya.

“Kulit kepala berkelemumur dan rambut rapuh ibarat mimpi ngeri bagi setiap wanita yang menyebabkan hilangnya keyakinan diri. Kami percaya bahawa kulit kepala yang sihat dan subur menjadi sumber perlindungan daripada masalah kulit kepala yang lain seperti kegatalan, kekeringan dan berminyak. Ini menghapuskan segala kerisauan dan anda kelihatan berada pada tahap yang terbaik,” tambahnya.

Siri produk Botanique Clear mempunyai dua variasi syampu dan perapi iaitu:

  • Nourished and Healthy – untuk kulit kepala dan rambut kering. Diperkaya dengan lima minyak pati untuk menyuburkan kulit kepala dan rambut kering agar kembali sihat, subur dan cantik.
  • Balanced and Bouncy – untuk kulit kepala dan rambut berminyak. Diperkaya dengan tiga minyak bijan untuk menyegar dan mengawal kulit kepala berminyak agar rambut lebih segar, kuat dan beralun.