Juadah Rendang Daging Cita Rasa Ibunda

Enak dimakan bersama nasi, ketupat, lemang atau roti.

Syawal bakal tiba dan rendang sudah tentu menjadi antara juadah utama. Dimakan bersama nasi, ketupat, lemang atau roti, rendang adalah hidangan daging bersantan yang kaya dengan rempah ratus. Ia dimasak perlahan dan dihidang sama ada dengan kuah pekat atau boleh juga sedikit kering.

Bagi membantu anda menghasilkan juadah yang setara dengan masakan ibu dan mencipta tradisi rendang anda sendiri, Ayam Brand telah menghasilkan satu resipi rendang khas bagi yang baru mencuba. Resipi ini boleh anda ubah sesuai mengikut cita rasa tersendiri. Jadikan resipi anda unik dengan mencuba gabungan rempah ratus, ramuan pes dan daging kegemaran (daging lembu, ayam, itik atau kambing).

Juga jangan lupa gunakan santan kelapa yang terbaik seperti Santan Kelapa Ayam Brand. Ketulenan dan kualitinya yang kaya berkrim benar-benar menjadikan tugasan memasak lebih mudah. Produk Ayam Brand ini dijual dalam tiga pilihan iaitu Coconut Milk, Coconut Milk Trim (45 peratus kurang lemak) dan Coconut Milk Super Light (75 peratus kurang lemak berbanding Ayam Brand Coconut Milk).

Rendang Daging

Saiz hidangan: 8
Tempoh penyediaan: 2 jam

Bahan-bahan:
Rempah
3 bunga cengkih
3 bunga lawang
3 buah pelaga
2 asam jawa
5 daun limau purut, dihiris halus
8 sudu besar kerisik (kelapa goreng yang dikeringkan)
1 batang kayu manis
1 sudu besar gula melaka, secukup rasa
Garam, secukup rasa

Pes (kisar halus)
2.5cm lengkuas, dihiris
3 batang serai, akar sahaja, dihiris
7 ulas bawang putih, dihiris
6 bawang merah, dihiris
2.5cm halia, dihiris
12 cili kering, dibuang biji dan dihiris

Daging
1kg daging lembu, dipotong kiub

Santan Kelapa
1 liter Santan Kelapa Ayam Brand pilihan anda
Minyak untuk menggoreng
1 cawan air

Cara Membuatnya:
1. Kisar bahan pes menggunakan pengisar.
2. Panaskan minyak dalam kuali atau periuk besar. Tumis pes rempah, kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga hingga naik bau.
3. Masukkan daging dan gaul rata dengan adunan pes bersama rempah hingga berwarna keperangan serta daging menyerap rasa pes dan rempah.
4. Tuang santan dan kacau dengan perlahan sehingga hampir mendidih.
5. Kecilkan api menjadi sederhana. Masukkan air asam jawa dan air. Teruskan mengacau supaya daging tidak melekat pada kuali.
6. Apabila daging sudah separuh masak, masukkan pula daun limau purut dan gula melaka.
7. Tuang kerisik dan tambah garam secukup rasa. Kacau dengan sempurna hingga daging bersalut sepenuhnya dan dilitupi kuah.
8. Kecilkan api dan tutup dengan penutup. Biarkan rendang mereneh selama lebih kurang satu jam sehingga daging menjadi lembut atau kuah rendang kering.
9. Hidang serta-merta atau biarkan sejuk dahulu sebelum disimpan.