Ini Caranya Hilangkan Jerawat Pada Badan

Pulihkan kulit dengan cara ini!

Semua wanita pasti gerun dengannya. Boleh dikatakan ia umpama musuh utama kaum wanita.

Jerawat atau bintik merah, menyerang kulit tidak mengenal masa dan tempat. Namun, kebiasaannya ia muncul ketika haid kerana ketika ini kaum wanita sedang mengalami perubahan hormon. Bukan hanya pada wajah, tetapi jerawat juga boleh tumbuh muncul pada bahagian belakang badan.

Bagaimana ingin hilangkan jerawat ini? Anda disarankan untuk membersihkan badan dengan gel pembersih yang dirumus khas dengan formulasi lembut dan mempunyai agen membasmi kuman. Antara yang anda boleh cuba:

Produk: T3 Acne Body Wash 200ml, RM14.89 – Gel pembersih badan khusus untuk mengurangkan jerawat. Diformulasi dengan agent pembasmi kuman dan minyak teh hijau, ia berkesan untuk menghilangkan kuman dan bakteria yang menjadi punca tumbuhnya jerawat.

Produk: Aveeno Skin Relief Body Wash, RM49.29 – Jika kulit anda terasa gatal dan rengsa, pembersih badan bebas haruman ini boleh melegakan kulit dan mengembalikan kelembapan agar kulit kekal lembap dan lembut.

Gambar: Guardian Malaysia. 

Selain daripada menggunakan sabun pembersih badan yang bersifat antibakteria, anda juga boleh mencuba petua tradisional, iaitu hanya menggunakan putih telur. Cara ini berfungsi untuk menanggalkan sel kulit mati dan menghilangkan kesan hitam pada kulit.

Cuba ini:

Sediakan sebiji telur (ambil putihnya sahaja)  dan satu batang timun. Pukul putih telur sehingga kembang, kemudian masukkan ke dalam mesin pengisar. Tambahkan dengan timun yang telah dipotong dadu kecil tadi. Kisar sehingga halus. Sapukan adunan tadi pada jerawat terutamanya pada bahagian belakang badan anda. Gosok perlahan dan biarkan selama 30 minit. Kemudian, bilas sehingga bersih.