#Covid19: Ini Cara Mudah Amalkan Jarak Sosial Di Rumah Sendiri

Berhati-hati walaupun ketika berada di rumah!

Dengan peningkatan kes jangkitan Covid-19 di Malaysia, kerajaan telah melanjutkan tempoh perintah kawalan pergerakan sehingga 14 April ini.

Sepanjang tempoh tersebut, rakyat digalakkan untuk berada di dalam rumah dan hanya ketua keluarga sahaja yang dibenarkan keluar untuk membeli barang keperluan.

Walaupun berada di dalam rumah, pastikan jarak sosial diamalkan terutama jika terdapat ahli keluarga yang sedang bergejala.

Berikut adalah cara untuk mengekalkan jarak sosial di rumah seperti yang dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Untuk semua isi rumah:

  1. Kerap cuci tangan dengan air dan sabun.
  2. Disinfeksi permukaan yang kerap disentuh.
  3. Tingkatkan aliran udara dengan membuka tingkap.
  4. Amalkan etika batuk dan bersin yang betul.

Untuk isi rumah dengan ahli keluarga yang sakit (gejala jangkitan pernafasan):

  1. Sebaiknya, ahli keluarga yang sakit disediakan bilik berasingan dan dijaga oleh penjaga yang sama.
  2. Pintu bilik pesakit sentiasa ditutup.
  3. Pesakit dan penjaga sentiasa memakai penutup mulut dan hidung.
  4. Utamakan penjagaan ahli keluarga berumur 65 tahun ke atas dan ahli keluarga yang berpenyakit kronik.

Sumber Gambar: Twitter KKM dan Depositphotos