Gandingan Sempurna untuk Tugasan & Hiburan

Siapkan kerja sambil lakukan perkara lain dengan mudah.

Dengan tuntutan kerja yang banyak setiap hari, di samping mahu juga curi masa untuk hiburkan diri, anda pasti mahukan ‘pendamping’ yang boleh memenuhi kehendak ini, bukan? Mengenang hakikat ini, tiba saatnya untuk anda curi masa yang sesuai untuk ‘bersama’ peranti Apple iPad 2019 terbaharu yang hadir dengan pelbagai fungsi!

iPad generasi ke-7 ini hadir dengan paparan lebih besar iaitu 10.2 inci dan menjadi tablet pertama yang hadir siap dengan sistem operasi iPadOS. Tablet ini dikuasakan cip Apple A10 dengan pilihan storan 32GB dan 128GB. Ia hadir dengan kamera belakang 8MP dan kamera hadapan 1.2MP, di samping masih menggunakan butang Home dengan Touch ID dan terdapat dua pembesar suara pada sisinya. 

Seterusnya, jom lihat tujuh sebab kenapa iPad generasi ke-7 terbaharu daripada Apple ini layak menjadi sahabat karib merangkap peneman setia anda!

1 of 7

Mencatat perkara penting

Tidak perlu lagi anda bawa buku nota dan pen ke merata tempat. Jika ada perjumpaan atau sebarang perbincangan, hanya keluarkan iPad ini. Anda boleh catatkan sebarang nota berkaitan kerja anda. Boleh juga mengedit dokumen sambil lakukan carian pada laman sesawang. Cukup mudah! iPad terbaharu ini juga menyokong Apple Pencil.

1 of 7