Gajet Dapur Terbaru, Permudahkan Urusan Memasak

Juga senang hendak dibersihkan, tidaklah kotor dapur.

Berlalu sudah zaman perlu memasak menggunakan dapur tradisional kerana ada pelbagai gajet masakan yang boleh menyenangkan tugasan harian anda di dapur.

Imej: Thermomix Malaysia

Apatah lagi ibu bekerja yang sibuk dan mempunyai jadual penuh setiap hari. Sudah tentu memiliki alatan dapur yang canggih seperti disenaraikan Jelita di sini akan membuat anda ada masa untuk diri sendiri dan keluarga.

3 of 3

NIKMATI KOPI ‘MAHAL’ DI RUMAH DENGAN MUDAH

Terkini dalam rangkaian mesin espresso keluaran Philips adalah Philips 5000 SeriesLatteGo, RM3,999 yang dicipta untuk pencinta kopi. Ia adalah mesin espresso automatik sepenuhnya dengan rekaan tampak mewah, mencantikkan lagi suasana dapur anda.

Mesin ini dilengkapi fungsi pintar dan direka untuk membantu tuannya membancuh secawan kopi mengikut mood dengan mudah. Untuk membersih dan menyenggaranya juga cukup mudah.

Dengan sistem penapis air AquaClean, ia memastikan anda tidak perlu melakukan descaling sehingga 5,000 cawan dengan syarat anda kenalah mengganti penapisnya dengan kerap.

Lagipun, sistem susu LatteGo hanya menggunakan dua bahagian dan tanpa tiub, memudahkan anda membersihkannya di bawah pancuran paip air sahaja.

3 of 3