Gajet Dapur Terbaru, Permudahkan Urusan Memasak

Juga senang hendak dibersihkan, tidaklah kotor dapur.

Berlalu sudah zaman perlu memasak menggunakan dapur tradisional kerana ada pelbagai gajet masakan yang boleh menyenangkan tugasan harian anda di dapur.

Imej: Thermomix Malaysia

Apatah lagi ibu bekerja yang sibuk dan mempunyai jadual penuh setiap hari. Sudah tentu memiliki alatan dapur yang canggih seperti disenaraikan Jelita di sini akan membuat anda ada masa untuk diri sendiri dan keluarga.

2 of 3

MASAK DENGAN TERATUR MENGGUNAKAN PACIFICA THE FORGE

Ini juga perkakas dapur elektrik yang pintar. The Forge dilengkapi Superior Steam Extraction Technology yang membolehkan masakan dari setiap sudut dalam periuk yang dimeteraikan, keluli tahan karat, tidak bersalut dan tidak melekat.

Dengan sistem masak yang teratur, perisa umami dan asid amino manis dalam makanan dipertingkatkan, sekali gus menambah rasa bila anda menyediakan makanan gourmet di dapur anda sendiri.

Menariknya, The Forge dilengkapi Fungsi Pensterilan botol bayi, peralatan makan dan juga barangan kaca.

2 of 3