Gajet Dapur Terbaru, Permudahkan Urusan Memasak

Juga senang hendak dibersihkan, tidaklah kotor dapur.

Berlalu sudah zaman perlu memasak menggunakan dapur tradisional kerana ada pelbagai gajet masakan yang boleh menyenangkan tugasan harian anda di dapur.

Imej: Thermomix Malaysia

Apatah lagi ibu bekerja yang sibuk dan mempunyai jadual penuh setiap hari. Sudah tentu memiliki alatan dapur yang canggih seperti disenaraikan Jelita di sini akan membuat anda ada masa untuk diri sendiri dan keluarga.

1 of 3

Baca juga: Cara nikmati nasi secara sihat.

FUNGSI 20 DALAM 1 – THERMOMIX TM6

Bukan sekadar ‘tukang masak,’ ia juga mampu memotong, menimbang, mengukus dan banyak lagi! Mampu mendapatkan suhu yang tepat untuk masakan bagi memastikan hidangan kekal bernutrisi dan berkualiti, anda bolehlah ‘berangan’ menjadi chef kerana resipi yang sukar pun dipermudahkan, dengan tunjuk ajar langkah demi langkah pada paparan digitalnya.

Dalam siri terbaru Thermomix ini, platform resipi Cookidoo kini turut dimuat turun pada TM6, membolehkan anda mendapatkan akses kepada perpustakaan resipi terbesar di dunia hanya dengan menekan butang pada paparan berkenaan. Bayangkan anda tidak akan ketandusan idea untuk memasak kerana ada 50,000 resipi untuk dicuba setiap kali anda memasak dengannya.

Yang bagusnya, anda hanya menggunakan satu alat untuk memasak, jadi tidaklah kotor dapur. Anak anda juga boleh mencuba dengan resipi yang mudah. Bila ia sedang memasak, anda bolehlah alihkan perhatian pada tugasan di rumah yang lain.

HARGA: RM7,188. Harga pra-tempah RM6,888 menerusi Thermomix Malaysia.

1 of 3