EMPAT PETUA ALAMI UNTUK HILANGKAH BULU BAWAH LENGAN

Jangan lupa cuba petua alami ini!

Cara paling mudah untuk membuang bulu ketiak atau bulu bawah lengan ialah dengan mencukur. Namun, tahukah anda dengan mencukur sebenarnya akan menggalakkan lagi pertumbuhan rerambut dengan lebih lebat dan cepat pada bahagian bawah lengan.

Apa kata anda cuba petua alami ini untuk membantu memperlahan dan mengurangkan pertumbuhan bulu bawah lengan.

Petua 1: GUNA KUNYIT DAN KAPUR SIRIH

Cabut bulu bawah lengan anda terlebih dahulu. Jangan cukur tetapi dicabut agar akarnya turut keluar. Kemudian, sediakan sedikit kunyit hidup dan kapur sirih. Celupkan kunyit itu ke dalam kapur dan gosokkan pada ketiak beberapa minit sebelum dibasuh bersih. Bulu ketiak bukan sahaja hilang malah juga mengambil masa yang panjang untuk kembali tumbuh.

Petua 2: PERAHAN LIMAU NIPIS

Sediakan 10 biji jintan putih. Campurkan dengan sedikit kapur barus dan air perahan limau nipis. Gaulkan dengan sebati. Selepas bercukur, sapukan ramuan ini dan gosok beberapa minit sebelum dibilas bersih. Ia membantu menanggalkan rerambut dan melambatkan pertumbuhan rerambut baru.

Petua 3: MINYAK KELAPA

Tumbuk sedikit lada sulah anda bersama dua biji kapur barus. Gaulkan dengan sedikit minyak kelapa. Setiap malam, gosokkan ia pada ketiak anda sebelum masuk tidur. Lama kelamaan, bulu akan gugur dan mudah tanggal dengan sendirinya.

Petua 4: JINTAN PUTIH

Sediakan 20 biji jintan putih dan 5 butir kapur barus. Tumbuk lumat kesemuanya. Campurkan dengan sedikit minyak tanah. Gosokkan pada ketikan selama beberapa minit. Lakukan setiap hari hingga rerambut pada bahagian tersebut gugur dengan sendirinya.