#Covid19: 5 Aktiviti Boleh Buat di Rumah Menurut Klook

Elakkan bosan, cuba lakukan perkara ini!

Dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan lagi sehingga 14 April, mungkin ramai yang merasakan ia suatu bebanan. Apatah lagi apabila kebanyakan masa diluangkan hanya di rumah. Tapi, tahukah anda saat sebeginilah anda boleh lakukan pelbagai perkara yang selama ini tidak sempat untuk dilakukan. Menurut Klook, lima perkara ini boleh anda lakukan di rumah supaya ia dapat memberi hiburan dan terapi terbaik buat diri. Ayuh lihat!

Baca: https://herinspirasi.com/gaya-hidup/jom-jalan/jelajah-singapura-bersama-aplikasi-klook/

1 of 5

‘Marie Kondo’ Kediaman Anda

Selama ini anda merungut tiada masa untuk mengemas rumah dek desakan kerja yang menimbun di pejabat. Jadi sewaktu PKP, anda boleh curi masa untuk melihat barang yang ada di setiap ruang dan sudut kediaman. Gunakan kaedah yang diajar Marie Kondo untuk mengemas barang yang ada di rumah – sama ada pakaian, permainan anak, perkakas dapur dan sebagainya. Masa ini juga anda tahu apa yang boleh disingkirkan, dikitar semula atau disimpan kerana masih diperlukan. Selain itu, jangan lupa untuk hapuskan habuk dan kotoran sekitar rumah supaya anda dan keluarga lebih selesa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Marie Kondo (@mariekondo) on

1 of 5