Cara Detoks Usus Untuk Kulit Yang Lebih Sihat

Kena cuba sendiri!

Kulit adalah organ detoks yang paling besar. Ia juga bertindak balas dengan keadaan tubuh dan usus manusia. Apabila bahagian usus dicuci dengan sempurna, kulit akan menjadi lebih berseri.

Berikut adalah cara yang boleh diamalkan bagi mencuci bahagian dalam tubuh.

Berkaki Ayam

Insomnia dan beberapa penyakit lain berpunca daripada pengumpulan elektrik statik di dalam tubuh. Berjalan kaki selama 10 hingga 20 minit sehari boleh membantu pengaliran elektrik statik dan membuatkan anda berasa lebih sihat. Apabila berjalan kaki tanpa kasut, tenaga di dalam badan meningkat dua kali ganda berbanding berjalan dengan memakai kasut.

Mandian Garam Laut Dan Serbuk Penaik

Gabungan kedua-duanya berkesan membuang kesan radiasi dalam tubuh terutama selepas melalui penerbangan yang lama atau rawatan radiasi. Caranya, anda disarankan berendam di dalam air suam yang dicampur segenggam garam laut dan serbuk penaik selama 20 minit. Bagi mereka yang menjalani rawatan radioterapi, anda disarankan membuat mandian ini sekali dalam seminggu selama beberapa bulan.

Mandian Garam Epsom

Berendam di dalam air yang dicampur segenggam garam Epsom sangat baik bagi mengeluarkan toksin yang ada pada kulit. Untuk hasil yang lebih berkesan, campuran garam itu perlu dilakukan lebih awal seeloknya 20 minit sebelum anda mandi.

Berpuasa

Ia cara paling berkesan dan selamat dilakukan bagi membuang toksin dalam tubuh. Inilah cara yang dilakukan sejak dulu bagi menyembuhkan penyakit. Berpuasa secara kerap akan memberi ruang kepada tubuh untuk membaik pulih sistem imunisasi dan melawan penyakit.

Sumber Gambar: Depositphotos