Bagaimana Serum Ini Bantu Baiki Cela Pada Wajah

Untuk jerawat pun membantu...

Siapa tidak mahu kulit wajah tampak mulus, kurang bermasalah, dan paling menyeronokkan bila bekas jerawat menghilang dengan kadar cepat?

Tetapi, memandangkan rutin harian yang anda lalui begitu padat, ada kala tidak berkesempatan hendak memberikan tumpuan dan kasih sayang penuh buat kulit wajah anda, seperti yang diingini. Hasilnya, mulalah ia meragam. Naiklah jerawat dek kerana sisa solekan tidak dibersihkan dengan baik, atau tekanan kerja buat hormon anda jadi kucar-kacir, tidak cukup tidur juga beri kesan pada kulit anda.

Bila muka jadi suram dan kepam kerana kurang kasih sayang ini, pastinya ia memberi kesan kepada keyakinan diri anda. Rasa solekan tidak lekat elok padahal anda bakal tempuhi minggu yang penting, berjumpa klien atau ada mesyuarat dengan bos.

Tetapi, baru-baru ini, saya telah mencuba sesuatu yang baru dalam rutin penjagaan wajah harian. Lancome Advanced Genifique. Ya, ia bukan serum yang baharu berada di pasaran kerana ia sudah disebut-sebut sejak 2009 lagi.

Cuma, selepas 10 tahun terciptanya produk ini, ia telah dinaik taraf untuk membantu kulit anda jadi lebih sihat dan terjaga. Jika tekanan datang dalam pelbagai bentuk baru, maka penjagaan wajah juga sudah tentu kena diperbaharui dan diformulasi untuk disesuaikan dengan kehendak hari ini.

Apa Yang Menarik?

Lancome Advanced Genifique yang baharu ini mempunyai bahan istimewa – tujuh pre dan probiotics fractions yang ditugaskan untuk mengejutkan microbiome dalam tubuh anda.

Dalam erti kata mudah, setiap manusia dilahirkan dengan 50 peratus sel manusia dan 50 peratus sel bakteria di mana mikrobiome adalah sebahagian daripada anda.

Sebagai ‘kawan baik’ pada kulit anda, mikrobiome adalah hadiah yang anda terima daripada ibu anda bila mana anda dilahirkan. Dan ia ‘membesar’ dengan anda.

Saintis mendapati, setiap daripada anda mempunyai mikrobiome kulit yang unik sama seperti tanda tangan, DNA dan cap jari anda. Ia adalah penyeimbang yang amat penting buat kesihatan dan penampilan kulit anda.

Bila sudah dewasa, mikrobiome kulit anda mengandungi 1,000 spesies bakteria, dengan sebanyak dua juta bakterium wujud pada setiap 2cm persegi pada kulit. Yang paling ketara adalah Cutibacterium, Staphylococcus dan Corynebacterium.

Tiga Fungsi Mikcrobiome:

PELINDUNG: Bila kandungannya seimbang, ia memberikan perlindungan kepada patogen dan menyekata protein antioksidan.

MENYEKATA: Ia mengawal sebarang bentuk inflamasi yang ketara.

MEMBAIKI: Ia meningkatkan kohesi epidermis dan menguatkan sempadan kulit untuk membina ketahanan.

Bermakna, mikrobiome ini cukup berkuasa untuk mendukung kulit bila ia perlu melindung dan membaiki dirinya.

Apa Dah Jadi?

Mikrobiome anda yang serba unik itu akan terjejas bergantung kepada keadaan gaya hidup dan persekitaran. Cahaya UV, pencemaran, diet, ubat-ubatan dan keadaan hormon adalah antara faktor yang mungkin mengganggu ekosistem sekali gus menjejaskan kerjasama erat antara mikrobiome dan kulit anda.

Neelofa adalah antara pengguna Lancome Advanced Genifique.

Daripada situlah anda akan mula terlihat cela seperti bintik hitam, penuaan sebelum waktu, kekeringan, kedutan malah tona serta tektur tidak sekata berlaku.

Lancome Advanced Genifique Baharu!

Menyedari betapa pentingnya fungsi mikrobiome ini, Lancome menggunakan serum terunggulnya iaitu Advanced Genifique yang diperbaharui dengan tujuh pre dan probiotics fractions. Masing-masing ada manfaat kepada kulit dan mikrobiome berkenaan.

Setelah #KerlazzKakNida Cuba…

Terus-terang, saya sudah pernah mencuba Lancome Advanced Genifique yang terdahulu dan ia antara serum kegemaran kerana ia mampu melakukan apa yang didakwa.

Dengan formulasi terbaharu dalam Advanced Genifique terkini, paling ketara apabila jerawat yang baru hendak naik pada kawasan dagu (pakar kulit cakap, jerawat pada bahagian dagu adalah disebabkan hormon), seakan terbantut.

Bila ia tidak jadi ‘naik’ dan menjadi jerawat yang lebih buruk, ia cepat mengering. Namun, ia makan masa untuk menghilang mungkin kerana faktor usia dan kebetulan pula saya tidak sihat (perlu makan ubat-ubatan) menyebabkan proses pemulihan jadi perlahan.

Namun, pada bahagian wajah lain yang tidak mempunyai masalah ketara lain, saya terasa kulit amat lembut dan licin.

Saya tidak malu hendak kongsikan pada sesiapa yang bertanya apa rahsia kulit nampak segar, saya akan beritahu cubalah Lancome Advanced Genifique yang terbaharu itu…