Atilia & Linora Kongsi Tip Pemilihan Bra Sukan

Apakah ciri sports bra terbaik?

Setiap hari sibukkan diri dengan pelbagai aktiviti kecergasan, anda perlu juga ambil tahu mengenai pelengkap yang boleh menambah keterujaan dalam menjalani gaya hidup sihat.

Bercakap lanjut mengenai ini, sports bra adalah antara item utama yang perlu dititik beratkan. Anda memerlukan sokongan dan keselesaan pada payudara kala melakukan aktiviti kecergasan yang memerlukan banyak pergerakan dan menghasilkan peluh. Hakikatnya, masih ramai lagi wanita yang salah memilih sports bra. Malah ada juga yang hanya memakai bra biasa yang dipakai setiap hari kala aktif melakukan senaman. Hal ini sememangnya tidak digalakkan! Bra biasa tidak mempunyai ciri yang dikhususkan untuk aktiviti sedemikian.

Atilia Haron dan Linora Low mengenakan persalinan aktif Under Armour.

Sports bra yang baik adalah yang mampu memberikan keselesaan dan sokongan maksimum, dan pada masa sama, berupaya menterjemah gaya elegan pada diri anda. Di sini, dua wanita hebat – Atilia Haron dan Linora Low berkongsi panduan penting dalam memilih sports bra.

  1. Pastikan anda memilih saiz yang betul! Ia mesti terletak elok dan memberi sokongan yang baik pada payudara. Jangan terlalu ketat mahupun terlalu longgar.
  2. Sports bra perlu hadir dengan keselesaan maksimum sewaktu anda perlu melakukan sebarang pergerakan atau pernafasan. 
  3. Ia juga perlu menjaga payudara anda dengan baik. Sports bra seharusnya menekan lembut payudara dengan sempurna sewaktu bergerak. Namun, masih dapat memperlihatkan bentuk payudara anda dengan baik, tanpa memberi ilusi dada leper.
  4. Pastikan tali sports bra yang dipilih tidak menyakitkan tubuh anda.
  5. Pilih fabrik yang boleh kering dengan cepat. Ciri ini dapat memastikan kesan peluh anda tidak terlihat lama.

VARIASI PILIHAN SPORTS BRA UNDER ARMOUR

1 of 4

Light Support 

Sports bra jenis ini dikususkan untuk wanita yang mementingkan keselesaan dan tidak memerlukan sokongan lebih pada payudara. Ia sesuai untuk aktiviti seperti yoga, pilates, berjalan, meditasi dan juga boleh digunakan sebagai bra harian anda.

1 of 4