Arif Jiwa & Ardy Wira Pilihan Jelita Edisi November/Disember 2019

Ketahui kisah anak paling popular di media sosial ini!

Siapa peminat Arif Jiwa & Ardy Wira?

Secara eksklusif, Jelita menggabungkan dua bintang kecil dengan pengikut yang ramai di Instagram untuk muka depan edisi November/Disember 2019. Lihat aksi kedua-dua, Arif dan Wira dalam halaman Muka Depan, pasti ramai yang geram akan keletah yang dipamerkan. Juga, temu bual dengan ibu mereka, Tya Ariffin, bintang Indonesia juga Betty Rahmad, aktres mengenai pengalaman membesarkan Arif dan Wira yang kian popular. Selain itu, ada tip penyusuan yang berjaya dikongsikan dua ibu jelita ini.

Dalam ruangan kecantikan, pakar berkongsi panduan menggunakan berus yang betul untuk bermain warna bila menyolek. Belajar mengenai bahan utama dalam produk kecantikan yang perlu anda tahu untuk disesuaikan dengan jenis kulit. Pakar fesyen memberi tip pemakaian denim mengikut usia. Ceduk tip bergaya kala bercuti juga tiru gaya Jihan Muse.

Fokus bulan ini menumpu kepada cara memperkasa minda anak anda menerusi kebahagiaan keluarga juga pusat pembelajaran tambahan yang boleh anda kunjungi.

Semua ini dan banyak lagi dalam Jelita edisi terbaru ini!

Seperti dimaklumkan, Jelita edisi cetak akan berada di pasaran dua bulan sekali mulai edisi November ini. Namun, kami akan meneruskan dengan pengisian kandungan lebih padu menerusi laman web ini selain di Instagram dan Facebook.

 

 

Baca ini juga: Cara lengkapkan khasiat buat anak cerewet makan.