Apple Penuhi Keperluan Gaya Hidup Anda

Gajet pintar yang memahami kehendak dan keperluan semua.

Khusus untuk pengguna setia peranti Apple, ayuh dekati apa yang terkini yang boleh anda lakukan dengan iPhone, iPad, Apple Watch, Mac dan Apple TV. Sekali gus, boleh manfaatkan penggunaan gajet anda sebaik mungkin!

FOTOGRAFI

Sekiranya anda sudah memiliki iPhone 11 atau iPhone 11 Pro, telefon pintar ini kini boleh mengambil gambar yang lebih hebat dengan adanya Deep Fusion – sistem pemprosesan imej canggih yang menggunakan A13 Bionic Neural Engine untuk merakam imej dengan tekstur dan perincian yang lebih hebat, di samping mengurangkan noise dalam cahaya kurang. Tidak perlu mengubah apa-apa tetapan, kerana sistem kamera ini akan mengendalikannya secara automatik berdasarkan tahap cahaya pada waktu gambar diambil.

Diambil menggunakan iPhone 11

KREATIVITI

Adobe Photoshop sudah boleh didapatkan di iPad! Adobe menyatakan ini hanyalah permulaan dan mereka menghasilkan Photoshop yang lebih mudah diakses untuk pengguna baharu, selain menjadi pendamping terbaik buat pencipta profesional, terutamanya pada iPad.

Adobe juga mengumumkan bahawa Illustator bakal berfungsi di iPad tidak lama saja lagi! Hal ini membuktikan iPad layak bergelar peranti yang berkebolehan tinggi dalam melaksanakan pelbagai tugasan hebat.

Baca juga: https://herinspirasi.com/jelita/gandingan-sempurna-untuk-tugasan-hiburan/

KESIHATAN & KECERGASAN

Apple Watch Series 5 adalah produk keluaran terbaharu Apple yang boleh membantu anda menjaga kesihatan, selain menggalakkan anda untuk kekal aktif sepanjang hari. Jam pintar ini menawarkan ciri baharu seperti Always-On Retina display, International Emergency Calling, Noise app dan Activity Trends.

Sempena tahun baharu tidak lama lagi, ayuh melangkah kepada perubahan diri yang lebih positif! Dengan Apple Watch ini, anda boleh gunakan aplikasi seperti Breathe dan Calm. Mudah untuk menjaga ketenangan minda dan diri untuk kehidupan yang lebih baik!

Baca juga: https://herinspirasi.com/suara-editor/5-ciri-baru-apple-watch-series-5-ini-bakal-buat-anda-sangat-gembira/

HIBURAN

Siapa yang tidak gemarkan hiburan, bukan? Apple sentiasa di hadapan dalam memberikan variasi hiburan terbaik untuk anda. Segalanya ada pada Apple TV+, Apple Arcade dan Apple Music.

Aplikasi Apple TV+ dan Apple TV: Nikmati pelbagai video menarik yang sesuai ditonton oleh semua golongan usia bersama Apple TV. Ia menawarkan cerita asal daripada Apple TV+ serta beribu filem untuk dibeli atau disewa. Aplikasi Apple TV boleh anda dapatkan pada iPhone, iPad, Mac dan Apple TV, selain Samsung smart TV terpilih, Roku streaming devices dan Amazon Fire TV. Apple TV+ adalah perkhidmatan langganan video. Antara Apple Originals yang menjadi kegemaran ramai adalah The Morning Show dan banyak lagi yang boleh anda harapkan seperti cerita seram psikologi Servant!

Apple Arcade: Apple kini hadir dengan Apple Arcade yang menawarkan lebih 100 permainan eksklusif terkini. Anda boleh main kesemuanya dengan hanya bayaran sebanyak RM19.90 setiap bulan. Apple Arcade juga membolehkan perkongsian bersama keluarga sehingga enam orang! Permainan dalam talian ini boleh dimainkan pada sebarang peranti Apple anda.

Baca juga: https://herinspirasi.com/gaya-hidup/gandingan-sempurna-untuk-tugasan-hiburan/7/

Apple Music: Apple telah menambah lagi beberapa ciri kepada Apple Music seperti lirik time-synced, New Music Daily, Broadcast Radio dan versi beta untuk Apple Music for web. Sempena penghujung tahun, Apple mengajak anda mengimbau kembali perjalanan muzik di Apple Music Replay; lagu, artis dan album yang menterjemahkan tahun 2019 anda!

AUGMENTED REALITY (AR)

Inginkan sesuatu yang lebih menyeronokkan? Apple mengajak anda mendalami aplikasi AR yang menggunakan Apple AR Kit untuk pengalaman yang mengagumkan.

NightSkyAyuh ubah kamar beradu kepada planetarium yang luar biasa! Anda boleh melihat bintang dan meneroka planet menerusi aplikasi ini.

Apollo’s Moon shotAplikasi ini pula membolehkan anda merasai pengalaman berada di bulan menerusi AR.

ARia’s LegacyJika anda sukakan cabaran, permainan Escape Room ini adalah untuk anda!  Ia memberi keterujaan dalam menyelesaikan masalah, sekali gus membuahkan kepuasan apabila anda berjaya melepasinya.