Apa Itu Mikroorganisma Baik Untuk Kulit?

Cara ' belanya' untuk kesihatan wajah.

Kulit sebagai bahagian tubuh manusia terbesar mempunyai fungsi penting sebagai perisai utama organ dalaman anda. Mikroorganisma atau mircrobiome juga hidup pada permukaan kulit, mewujudkan satu sistem eko yang seimbang.

jelita aster spring

Imej: AsterSpring

 

Ia bagi memastikan kulit anda kekal sihat dan dalam keadaan yang baik.

Namun, anda kena pastikan microbiome pada kulit ini adalah seimbang untuk menampilkan kulit yang terlihat dan terasa sihat. Aster Spring, yang pakar dalam penjagaan kulit wajah dalam satu kajian terbarunya berkata, microbiome kulit memainkan peranan penting dalam sistem pertahanan semula jadi kulit terhadap apa-apa bentuk kerosakan. Ini termasuk faktor persekitaran, memastikan kulit kekal lembap dan melewatkan tanda penuaan.

FUNGSI MICROBIOME

“Yang utama adalah memastikannya seimbang. Masalah mula timbul bila microbiome kulit tidak sekata. Anda akan mula terlihat pertahanan kulit jadi lemah, menjadi sensitif – tampak merah, iristasi dan berkuping, mula terkena ekzema, naik jerawat, nampak lekas tua dan mudah terkena pelbagai jenis penyakit kulit.

“Banyak faktor mengganggu keseimbangan ini termasuk tekanan gaya hidup, diet yang tidak seimbang juga pencemaran,” katanya.

Jelita Aster Spring

Editor Jelita, Anida diperjelaskan mengenai kit penjagaan wajah Dermalogica.

Aster Spring pada masa ini, memperkenalkan perawatan Soothing & Rebalancing bagi tujuan menguat dan mengembalikan keseimbangan microbiome kulit anda. Baru-baru ini, Jelita telah diundang untuk mencuba terapi ini di Aster Spring Signature di Bangsar Village II.

REVIU PERAWATAN MENGASYIKKAN

Sesi berkenaan bermula dengan pemeriksaan kulit wajah anda dan penerangan mengenai perawatan ini. Apa yang dapat difahamkan, kulit kita ada selapis permukaan yang menjadi ‘habitat’ kepada microbiome ini. Oleh kerana, pengguna hari ini sudah didedahkan kepada banyak jenis perawatan seperti laser atau peeling, tanpa disedari, lapisan yang menempatkan microbiome menghilang.

Disebabkan itu, kulit mula meragam dan menjadi lebih sensitif.

Perawatan dalam bilik Aster Spring yang cukup damai, bersih dan selesa dimulakan dengan membersihkan wajah daripada sebarang solekan dan kekotoran. Malah, pakar terapi akan melakukan extraction bagi bintik hitam atau putih juga membersihkan jerawat.

Jelita Aster Spring

Semburan serum oksigen dengan teknologi Nano kepada wajah dilakukan dua kali.

Untuk hasil lebih memuaskan, pengalaman perawatan menggunakan semburan serum oksigen teknologi Nano menggunakan mesin khas pada wajah. Rasanya dingin dan serum berkenaan hadir dalam bentuk cecair nano. Bermakna, ia lebih mudah menembusi ke dalam kulit apatah lagi ianya sudah dibersihkan dengan jitu.

Usai sesi itu, wajah akan dipupur dengan masker kemudian dibelai dengan urutan mengasyikkan bila kulit dilayangkan dengan toner, serum dan pelembap. Penutup perawatan adalah satu lagi semburan yang sama bagi mengunci khasiat produk yang telah disapu awal tadi. Kemudian, pelengkap perawatan adalah krim UV serta urutan bahu bagi melegakan tubuh yang terbaring lama.

DAN HASILNYA…

Walaupun anda digalakkan mengulangi perawatan ini setiap 15 hari selama tiga bulan untuk menampakkan hasil yang lebih memuaskan, tetapi selepas sesi berkenaan, kulit terasa lebih lembut, halus dan kurang kusamnya.

Sudah tentu, anda perlu meneruskan dengan rutin penjagaan wajah secara disiplin agar kulit tidak mudah merengsa atau menjadi sensitif. Aster Spring boleh membantu anda saranan produk Dermalogica yang turut dijual dalam salonnya.

 

Ini pun menarik: 10 produk kecantikan Korea anda kena cuba.