Adik-Beradik Albino Dari Kazakhstan Ini Curi Perhatian Netizen

Raikan keunikan diri sendiri.

Apa yang boleh anda pelajari daripada dua beradik Albino ini adalah menerima diri seadanya. Perkara pertama yang perlu kita semua lakukan adalah meraikan keunikan dan menyayangi diri sendiri.

Pasangan adik-beradik dari Kazakhstan, Asel dan Kamila dilahirkan dengan kondisi Albino. Bagaimanapun kondisi itu tidak mematahkan semangat mereka, sebaliknya menjalani kehidupan seperti orang lain. Asel, 15, dan Kamila, 2, berkongsi akaun Instagram yang sama dan meraih lebih 42 ribu pengikut setakat ini.

Albino ataupun Albinisme adalah kelainan genetik yang disebabkan kekurangan produksi melanin yang menyebabkan perubahan warna kulit, rambut dan mata yang lebih cerah. Albino tidak boleh dirawat, sebaliknya mereka yang menghidapinya perlu memberikan pelindungan yang lebih kepada kulit kerana ia lebih mudah terbakar dan terdedah kepada kanser kulit.

Jelita mahu anda semua belajar untuk meraikan kelainan dan menghargai diri seperti mana Asel dan Kamila. Wajah mereka kelihatan sangat ceria dan kelainan ini bukanlah satu kekurangan. Jom lihat foto-foto mesra mereka yang mampu membuatkan anda tersenyum.

Foto: Instagram.com/assel_kamila

1 of 8

1 of 8