8 Teknik Regangan Yang Mampu Mengubah Kesihatan Anda

Hanya 5 Minit Setiap Hari!

Kekangan masa dan jadual kerja yang padat membuatkan ramai diantara kita tiada masa untuk bersenam, termasuk melakukan regangan mudah.

Duduk dalam masa yang lama di pejabat membuatkan otot dan tubuh anda menjadi lesu. Ini menyebabkan darah tidak mengalir dengan lancar seterusnya menjadikan anda sentiasa rasa malas dan tidak bermaya. Jelita sarankan anda mencuba beberapa regangan ini setiap hari sebaik sahaja bangun pagi ataupun setengah jam sebelum tidur. Ia mampu meningkatkan mood serta menjadikan anda lebih bertenaga dan segar.

Foto: depositphotos.com

1 of 8

Bridge Pose

Regangan ini mampu meregangkan dada, leher, tulang belakang dan pinggul. Ia juga menguatkan otot bahagian belakang, punggung dan urat lutut (hamstring). Melancarkan perjalanan darah seterusnya mampu membantu anda menjadi lebih tenang. Bagus untuk yang sering mengalami serangan anxiety. 

1 of 8