8 Tabiat Yang Buat Anda Sukar Tidur

Elakkan daripada melakukan ini!

Sekiranya anda mengambil masa lebih lama daripada 30 minit untuk tidur atau berjaga lebih daripada 20 minit di tengah malam, itu ertinya anda perlu memperbaiki kualiti tidur. Cara terbaik untuk melakukannya adalah memastikan tabiat harian anda tidak mengganggu rutin tidur.

Berikut antara tabiat yang boleh membuatkan anda sukar tidur. Cuba untuk tidak melakukannya.

Melihat Skrin Sebelum Tidur

Otak anda perlukan aktiviti yang menenangkan sebelum tidur dan bersedia untuk mendapatkan tidur yang nyenyak. Menonton televisyen sebelum tidur akan merangsang otak dan mungkin akan buat anda rasa cemas tanda disedari. Cahaya biru yang dihasilkan daripada skrin televisyen atau telefon pintar akan menghalang pengeluaran melatonin, hormon yang berfungsi untuk membuatkan anda lena.

Tidak Mempunyai Corak Tidur Yang Tetap

Kebanyakan daripada anda akan menggunakan jam loceng untuk mengawal jumlah jam yang diperlukan untuk tidur dan bangun setiap hari. Mengganggu kitaran yang telah dibuat walaupun sekali boleh memberikan impak yang besar pada kualiti tidur anda selama beberapa hari. Cari corak tidur anda dan kekal dengan corak tersebut.

Makan Terlalu Banyak Sebelum Tidur

Jika anda suka makan lewat petang, itu mungkin boleh mengganggu rutin tidur anda. Terdapat beberapa kajian yang menunjukkan hubungan antara makan lewat dan refluks asid dan penghadaman yang akan memberi kesan kepada kualiti tidur. Makan lewat juga boleh menyebabkan kesukaran untuk mengurangkan berat badan dan obesiti boleh menyebabkan apnea dan gangguan tidur yang lain.

Mengambil Kafein Melebihi Had

Kafein menipu tubuh anda untuk mempercayai bahawa ia tidak letih dan kesannya akan hilang selepas beberapa jam, badan anda sebenarnya masih mempunyai banyak kafein untuk dikeluarkan, walaupun selepas 10 jam anda habiskan minuman kopi. Bukan hanya kopi sahaja yang menghasilkan kafein, makanan seperti coklat, minuman bertenaga, teh dan soda adalah pembekal kafein yang tinggi. Malah koko panas juga mengandungi kafein yang cukup untuk mengganggu tidur.

Snoozing

Salah satu tabiat yang sering dilakukan sewaktu bangun tidur adalah snoozing iaitu melewatkan waktu bangun pagi. Ini bukanlah sesuatu yang membahayakan kesihatan tetapi ia tidak seharusnya dilakukan kerana menambahkan waktu tidur akan meningkatkan tahap kortisol anda yang turut dikenali sebagai hormon stress.

Diet Tidak Sihat

Menurut satu kajian yang telah dijalankan di luar negara, pengambilan vitamin A, B1, D, magnesium, kalsium dan zink yang sedikit berkait dengan tidur yang kurang baik. Kajian lain menunjukkan diet tinggi kalori mengganggu tidur manakala diet tinggi serat dapat membantu anda mendapatkan tidur yang lebih lena.

Tidak Bersenam

Senaman aerobik dengan intensiti sederhana dapat mengurangkan masa yang diperlukan oleh seorang dewasa untuk tidur. Secara keseluruhannya, orang dewasa yang menghidap insomnia akan tidur lebih cepat dan lama jika mereka mula bersenam.

Bilik Tidur Kotor

Mempunyai bilik tidur yang kemas dan bersih adalah penting buat kanak-kanak dan juga orang dewasa berbanding dengan bilik yang kotor dan berselerak. Bagi orang dewasa, pakaian atau peralatan elektronik yang bertaburan di sekitar bilik tidur boleh merangsang mereka dengan itu menghalang mereka untuk tidur.

Sumber Gambar: Depositphotos

Baca Juga: 9 Cara Mudah Untuk Atasi Masalah Tidur