6 Selebriti Ini Kongsi Persediaan Menempuh Ramadan

Rugi kalau anda sia-siakan peluang keemasan ini!

Ramadan antara detik paling terbaik untuk anda menggandakan pahala dan memohon keampunan daripada Allah SWT.

Namun, adakah anda semua telahpun melakukan persediaan untuk menghadapi kedatangan bulan tersebut?

Menerusi perkongsian daripada enam selebriti ini di laman Instagram dan saluran Telegram mengenai persediaan mereka sebelum Ramadan, Jelita harap anda dapat manfaatkan perkongsian ini. Semoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa dengan tenang dan sempurna sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (#PKP).

1 of 6

NEELOFA

Sebelum tibanya Ramadan, personaliti popular, Neelofa telah mewujudkan sebuah platform perkongsian di pelantar permesejan Telegram. Dilancarkan sekitar minggu lalu, malah saluran ini diuruskan sendiri olehnya. Antara perkongsian yang dilakukan, termasuklah cara memahami dan mengingati bacaa dalm solat, doa harian dan pelbagai bahan ilmiah yang lain seperti ayat al-Quran dan juga video ceramah agama.

Menurut Neelofa, saluran Telegram berkenaan dianggap sekadar ruang baginya untuk berkongsi ilmu, memandangkan suasana sambutan Ramadan pada tahun ini dianggap sangat istimewa berbanding tahun-tahun sebelumnya.

“Selama ini ramai yang bertanya kepada saya, apakah doa yang saya amalkan sehari-hari dan surah apakah yang menjadi kegemaran. Saya cuba berkongsi di Instagram Stories, tetapi disebabkan limitasi durasi, perkongsian menjadi terbatas. Kalau banyak yang dikongsi, takut orang jemu dan tak baca (skip).

“Jadi, dengan saluran ini, saya lebih bebas untuk berkongsi apa sahaja yang bermanfaat, asalkan tidak menyimpang. Saya harap, perkongsian ini juga dapat dimanfaat pada keadaan sukar seperti sekarang,” ujarnya.

Anda juga boleh akses saluran Telegram ini dengan mencari kata kunci ‘Neelofa’ pada ruangan carian.

 

1 of 6