6 Filem Tentang Virus Bahaya Yang Anda Boleh Tonton

Jom marathon filem ini sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Dunia kini telah digemparkan dengan virus Corona dan ia sangat serius sehinggakan ada sesetengah negara yang sudah menghalang kemasukan orang asing.

Bahkan, Malaysia juga turut melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan selama dua minggu untuk membendung wabak ini. Sepanjang tempoh tersebut, anda digalakkan untuk duduk di rumah dan elakkan keluar kecuali jika ada urusan penting.

Sudah duduk di rumah, ambil masa ini untuk tonton enam filem yang berkaitan dengan virus bahaya ini.

1 of 6

Contagion

Contagion adalah antara filem yang paling realistik kerana keberkesanannya dari segi isi dan plot cerita yang merujuk kepada kes yang pernah berlaku sebelum ini. Diilhamkan kepada penyebaran virus Nipah yang pernah melanda negara kita dahulu, filem ini mengisahkan tentang bagaimana seorang wanita yang didapati sakit mampu menyebabkan jangkitan dalam skala besar sehingga menyebabkan banyak negara perlu diletakkan dalam kuarantin.

1 of 6