4 Wabak Virus Maut Yang Pernah Melanda Malaysia

Jangan ambil mudah, ia membawa maut.

Virus maut, Coronavirus yang mula tersebar di China mengundang resah bukan sahaja di kalangan warga China malah seluruh dunia. Apatah lagi ia telah mula menular di beberapa negara termasuk Malaysia sendiri. Bagaimanapun, Coronavirus bukanlah wabak berjangkit pertama menghantui negara kita. Ingat lagi dengan SARS, Japanese Encephalitis, H1N1 dan virus Nipah?

Pihak kerajaan dan Kementerian Kesihatan menasihati orang ramai untuk tidak percaya dengan berita-berita palsu yang tersebar meluas di laman sosial. Bukan tidak mahu mengambil langkah berjaga-jaga, tetapi Malaysia mempunyai kredibiliti menangani wabak maut dengan baik sebelum ini. Jelita senaraikan lima wabak maut berjangkit yang pernah melanda Malaysia sehingga mengorbankan nyawa.

Sumber: wikipedia / Kementerian Kesihatan Malaysia

4 of 4

Virus Nipah

Virus Nipah mula dikenal pasti pada tahun 1999 di mana ia menganggu sistem pernafasan dan neurologi tubuh manusia. Sebanyak lebih 105 kematian dicatakan di Malaysia dan lebih sejuta ladang babi dihapuskan. Virus Nipah dibawa oleh kelawar buah dan keluang yang kemudian tersebar kepada babi.

Kajian klinikal mendapati virus itu dipindahkan dari kelawar ke babi terus ke manusia. Kelawar dan babi berkongsi habitat dan virus daripada najis dan air kencing kelawar dimakan oleh babi. Wabak ini menyebabkan kerugian teruk kepada industri penternakan babi selepas haiwan itu digesa untuk dihapuskan serta-merta.

 

 

4 of 4