4 Wabak Virus Maut Yang Pernah Melanda Malaysia

Jangan ambil mudah, ia membawa maut.

Virus maut, Coronavirus yang mula tersebar di China mengundang resah bukan sahaja di kalangan warga China malah seluruh dunia. Apatah lagi ia telah mula menular di beberapa negara termasuk Malaysia sendiri. Bagaimanapun, Coronavirus bukanlah wabak berjangkit pertama menghantui negara kita. Ingat lagi dengan SARS, Japanese Encephalitis, H1N1 dan virus Nipah?

Pihak kerajaan dan Kementerian Kesihatan menasihati orang ramai untuk tidak percaya dengan berita-berita palsu yang tersebar meluas di laman sosial. Bukan tidak mahu mengambil langkah berjaga-jaga, tetapi Malaysia mempunyai kredibiliti menangani wabak maut dengan baik sebelum ini. Jelita senaraikan lima wabak maut berjangkit yang pernah melanda Malaysia sehingga mengorbankan nyawa.

Sumber: wikipedia / Kementerian Kesihatan Malaysia

2 of 4

Influenza A (H1N1)

Influenza A (H1N1) ataupun selesema babi mula dikenalpasti pada tahun 2009 dan mncatatkan lebih 50 kes di Malaysia. Sebanyak 32 kematian dicatatkan di Malaysia dan ia tersebar daripada babi di Mexico, Australia dan Amerika Syarikat. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata kes infleunza dianggarkan terjadi setiap tahun dengan anggaran lebih 1 bilion kes seluruh dunia melibatkan lebih 650,000 kematian.

Wanita hamil, kanak-kanak bawah usia lima tahun, pesakit asma, warga emas dan pesakit jantung lebih terdedah dijangkiti influenza. Anda dinasihati untuk sentiasa menjaga kebersihan dan sering membersihkan diri dan tangan. Elakkan diri daripada lokasi sesak dengan orang ramai, kerap memakai topeng muka jika selesema, amalkan gaya hidup sihat dan dapatkan suntikan vaksin sebagai pencegahan.

2 of 4