4 Wabak Virus Maut Yang Pernah Melanda Malaysia

Jangan ambil mudah, ia membawa maut.

Virus maut, Coronavirus yang mula tersebar di China mengundang resah bukan sahaja di kalangan warga China malah seluruh dunia. Apatah lagi ia telah mula menular di beberapa negara termasuk Malaysia sendiri. Bagaimanapun, Coronavirus bukanlah wabak berjangkit pertama menghantui negara kita. Ingat lagi dengan SARS, Japanese Encephalitis, H1N1 dan virus Nipah?

Pihak kerajaan dan Kementerian Kesihatan menasihati orang ramai untuk tidak percaya dengan berita-berita palsu yang tersebar meluas di laman sosial. Bukan tidak mahu mengambil langkah berjaga-jaga, tetapi Malaysia mempunyai kredibiliti menangani wabak maut dengan baik sebelum ini. Jelita senaraikan lima wabak maut berjangkit yang pernah melanda Malaysia sehingga mengorbankan nyawa.

Sumber: wikipedia / Kementerian Kesihatan Malaysia

1 of 4

SARS

SARS atau Severe acute respiratory syndrome adalah sejenis penyakit paru-paru ataupun pneumonia. Ia mula dikesan sekitar November 2002 bermula di Wilayah Guangdong, China. SARS merekodkan lebih 700 mangsa telah terbunuh dengan lebih 8,000 individu dijangkiti melibatkan 29 buah negara. Wabak ini juga menjejaskan ekonomi sektor pelancongan Malaysia sepanjang tahun 2003 selepas kerajaan mengawal kemasukan pelancong dari negara-negara terlibat.

Sepanjang penularan virus ini, hanya dua kes SARS sahaja yang dicatatkan terjadi di Malaysia melibatkan satu kes kematian. Walaupun tiada vaksin untuk menyembuhkan SARS, ia boleh diubati jika dikesan lebih awal dan dipantau oleh pihak perubatan sehingga sembuh. Antara simptomnya ialah demam panas, kesukaran bernafas, sakit otot, lemah tubuh, sakit kepala dan tekak.

Foto: depositphotos.com

1 of 4