3 Resipi Kek Sedap Dengan Hanya Tiga Bahan

Bukan sahaja enak, tapi menjimatkan masa.

Mungkin sebelum ini, anda malas mahu mencuba bakar kek kerana bahan yang rumit dan penyediaan yang menyusahkan. Apatah lagi ia memakan masa yang lama, membuatkan dapur berkecah.

Jelita kongsikan lima resepi kek yang menggunakan tiga bahan sahaja. Lepas ini tak perlulah anda membuang masa ke kedai kek mencari senarai bahan yang banyak. Resepi yang Jelita senaraikan ini juga sebenarnya boleh diubah suai mengikut cita rasa anda. Contohnya jika mahu menambah pewarna ataupun menambah dekorasi seperti buah-buahan, kekacang dan cip coklat. Selamat mencuba!

Foto: depositphotos.com

1 of 3

1. Kek Pelangi

Kek gebu ini boleh diubah suai dengan meletakkan pewarna pilihan anda dan juga taburkan beras coklat sebagai dekorasi tambahan. Selepas adunan telah disatukan, bahagikan kepada tiga bahagian dalam mangkuk dan warnakan dengan pewarna kek.

BAHAN-BAHAN:

3 Biji telur gred B
1 cawan gula kastor
1 cawan tepung gandum yang telah diayak
1 sudu kecil esen vanila (untuk mewangikan kek)

CARA PENYEDIAAN:

1. Pukul telur dan gula sehingga kembang.
2. Campur tepung dan gaul menggunakan senduk perlahan-lahan.
3. Didih air terlebih dahulu dan kukus kek selama 30 minit.

1 of 3