20 Himpunan Koleksi Akhir Tahun Harus Ada

Sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah ataupun koleksi peribadi.

Indahkan momen akhir tahun dengan memiliki pelbagai set atau produk yang kebanyakannya edisi terhad sempena keraian ini. Hadir dengan balutan indah dan kotak menarik, ia bukan sahaja boleh disimpan untuk koleksi peribadi, malah turut sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah, hantaran kahwin atau bingkisan istimewa buat yang tersayang.

3 of 23

Lancome Holiday Collection

Antara set yang terdapat di dalam koleksi ini. Lancome Renergie Holiday Set, RM393 terdiri daripada Renergie Multi Lift Cream 50ml, Renergie Multi-Lift Cream 15ml, Advanced Genefique 7ml dan Advanced Genefique Light Pearl Yeux 5ml. Set ini sempurna untuk anda yang ingin merawat dan menjaga kulit wajah agar lebih berseri hujung tahun ini.

3 of 23