20 Himpunan Koleksi Akhir Tahun Harus Ada

Sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah ataupun koleksi peribadi.

Indahkan momen akhir tahun dengan memiliki pelbagai set atau produk yang kebanyakannya edisi terhad sempena keraian ini. Hadir dengan balutan indah dan kotak menarik, ia bukan sahaja boleh disimpan untuk koleksi peribadi, malah turut sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah, hantaran kahwin atau bingkisan istimewa buat yang tersayang.

1 of 23

Shiseido Beauty Blossoms, Holiday Collection Edisi Terhad

 

Hadir dengan dua koleksi, iaitu Modernmatte Powder Lipstick Holiday Mini Lip Bouquet dan Ultimune Power Infusing Concentrate. Untuk koleksi akhir tahun ini, Shiseido berkolaborasi dengan Hideki Inaba, artist kreatif yang berpangkalan di Tokyo, Jepun dengan menghasilkan visual yang lebih kreatif,mainan warna ceria dengan elemen bungaan empat musim. Bagi ModernMatte Powder Lipstick (RM190) , ia gincu berformulasi tinggi, dengan warna yang lebih berpigmen dengan kemasan matte. Set ini mempunyai lima warna, 502 Whisper, 518 Selfie, 509 Flame dan dua warna baru iaitu Elemental Rose dan Red Force.

1 of 23