10 PRODUK CANTIK DARI KOREA YANG HARUS ANDA CUBA

Jika inginkan kulit cantik seperti bintang Korea, harus cuba ini...

Trend K beauty  menjadi pilihan wanita kerana ramai yang mengimpikan memiliki kulit wajah mulus dan cantik bak bintang Korea. Maka tidak hairanlah selebriti Korea sering dipilih sebagai wajah untuk pelbagai jenama kecantikan terkenal.

Rutin cantik yang diamalkan oleh wanita Korea sering menjadi ikutan, biarpun sedikit ‘renyah’ kerana mempunyai lebih kurang 10 rutin, namun jika diamalkan dengan konsisten kulit wajah pasti kelihatan bersih dan berseri. Ini adalah 10 produk penjagaan wajah dari Korea pilihan Jelita.

1 of 10

The Face Shop Rice Water Bright Foaming Cleanser, RM63

Pembersih wajah sesuai untuk semua jenis kulit. Mempunyai ekstrak beras dan soapwort, ia berfungsi untuk menyingkirkan kotoran dan kesan solekan untuk cucian wajah yang lebih bersih dan bebas cela.

1 of 10