10 Item Cantik Sephora Untuk Serlahan Menawan

Bukannya susah nak tampil menawan!

Rambang mata untuk membeli-belah produk kecantikan di Sephora? Jelita bantu anda pilih 10 item penjagaan wajah dan mekap terkini untuk serlahan penampilan menawan dari hujung rambut ke hujung kaki.

Untuk Koleksi Musim Panas 2020 ini, Sephora hadir dengan pelbagai produk menarik daripada pelbagai jenama kecantikan. Bukan itu sahaja, terdapat juga beberapa jenama baru yang kini sudah pun berada di Malaysia, pastinya buat anda lebih teruja!

Supergoop Bright Mineral Eye Cream SPF40, RM155 – Mengandungi 100 peratus zink oksida, krim mata ini membantu mencerahkan kawasan bawah mata serta melindungi daripada sinaran UV.  Teksturnya yang ringan dan mudah menyerap menjadikannya sesuai digunakan pada siang hari.

Biossance Squalance + Vitamin C Rose Oil 30ml, RM327 – Minyak pelembap wajah yang diperkaya dengan Vitamin C dan minyak bunga ros, ia bertindak hebat untuk mencerahkan tona kulit, melembap dan mengurangkan penampilan cela pada wajah. Dua titisan sudah memadai untuk ia ‘bekerja’ pada kulit anda.

Alpha H- Hyaluronic 8 Serum, RM220 –  Serum berkonsentrasi tinggi dengan gabungan daripada lapan ejen penghidratan ini berfungsi untuk melembut dan mengurangkan kesan garis halus dan kedutan yang menjadi punca kulit menua dan kusam. Mempunyai tekstur yang pekat, namun pantas meresap ke dalam kulit untuk memulih dan mengembalikan lembapan kulit wajah.

Drunk Elephant F Balm Electrolyte Waterfacial Hydrating Mask, RM228 – Rawat kulit kala beradu. Pupur wajah malam dengan tekstur gel dingin, yang akan melega dan memulihkan kembali kulit yang ‘penat’ setelah berdepan dengan pelbagai pencemaran pada siang harinya. Dengan kombinasi rumusan unggul, ia mengembalikan keseimbangan penghidratan, agar bangun esok harinya kulit lebih segar, anjal dan lembap.

Frank Body In Your Dream Scrub – Anda sukar tidur? Skrub dua dalam satu ini mengandungi rumusan yang membantu untuk merelakskan badan dan minda anda agar lebih tenang. Tekstur garam epsomnya yang halus akan menyingkirkan kotoran pada badan tanpa kesan iritasi pada kulit. Minyak lavender pula bukan sahaja akan membangkitkan aroma di dalam kamar mandi, malah bagus untuk menyubur dan menghaluskan kulit.

Anastasia Beverly Hills Loose Setting Powder, RM170 – Bertekstur halus dan mudah digunakan. Bedak polos ini akan ‘mengunci’ usai aplikasi primer, penyamar noda dan bedak asas, agar kemasan solekan tidak bercapuk dan terlihat mulus sekata.

Tatcha The Liquid Silk Canvas Primer, RM230 – Primer yang mengandungi ekstrak sutera,  berkhasiat pada kulit bagus untuk menyamarkan pori, garisan halus dan cela pada wajah sebelum aplikasi bedak asas. Ringan dan halus bak sutera, meluncur sempurna pada kulit untuk kemasan solekan yang lebih sekata dan tahan lama tanpa kesan kilau minyak.

Dear Dahlia Paradise Shine Eye Sequins, RM135 – Pembayang mata dengan kemasan  kilat, ia memberikan sinar pada kelopak mata anda. Teksturnya yang berasaskan air, ia mudah untuk diratakan serta mengekalkan warnanya yang tahan lebih lama.

Natasha Moor Molten Matte Liquid Lipstick (Hustle) ,RM95 Berpigmen tinggi dan melembapkan, ia mampu untuk kekal pada bibir berjam lamanya tanpa kesan kering dan merekah.

Joon Haircare  Saffron Hair Elixir, RM205 – Cepat meresap dan tidak meninggalkan kesan melekit. Rumusan safron dan ros membantu untuk melembapkan rambut agar lebih mudah diuruskan dan tidak kusut. Rambut juga kelihatan lebih sihat dan berkilau.