Jom Rebut Pahala Mudah, Bantu Yang Memerlukan

HerInspirasi bantu Happy Bank Crew menerusi kempen #TengokJiranKita

Bagi meringankan beban keluarga yang dikenal pasti berdepan kegawatan hidup, Jelita bersama team HerInspirasi mengajak anda menghulurkan bantuan menerusi HappyBankCrew.

HerInspirasi yang dikuasakan oleh Jelita, Her World, The Malaysian Women’s Weekly dan Shape ini mahu memainkan peranan lebih proaktif bagi membantu badan bukan kerajaan, HappyBankCrew meraih dana.

Dana yang anda hulurkan akan digunakan untuk membeli bahan makanan dan keperluan asas bagi membantu golongan yang amat memerlukan.

Ramai yang sukar meneruskan kelangsungan hidup akibat penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan (PKP) terutama daripada kelompok B40, M40 dan pekerja asing. Akibatnya, ramai yang terputus bekalan makanan.

JOM #TENGOKJIRANKITA

Menerusi kempen HerInspirasi x HappyBankCrew ini, kami mahu mengajak anda untuk #TengokJiranKita. Adakah mereka sedang susah? Adakah mereka kekurangan makanan?

Apa kata menderma RM50 untuk menaja makanan buat satu keluarga. Namun, jika mahu membuat sumbangan lebih, sudah tentu dialu-alukan.

View this post on Instagram

There are too many people affected during this MCO/RMO. Most of our recipients came from the B40, M40 families & immigrant labour workers. We’re trying our best to send food supplies to different places & different states EVERYDAY. The number of cases that we get is only getting higher & higher. We’re currently short of funds & we really really reallyyy need your help to make sure food supplies can be sent to those families. Help them by donating to our Maybank account number 568621000906 : Happy Crew Project. Even small donations would make a big difference to their lives. We can’t let anyone left behind, we can’t let anyone being left in hunger at night knowing there’s nothing to eat for tomorrow. We’re asking for their behalf so please, help us. 😔🙏🏻#TengokJiranKita #KitaJagaKita #FightCovid19

A post shared by Happy Bank (@happybankcrew) on

Menurut Nurainie Haziqah, pengasas Happy Bank ini, dana yang dikutip bertujuan membantu dua kelompok masyarakat. “Kumpulan pertama yang dibantu biasanya membabitkan keluarga berpendapatan kecil dan imigran yang menetap di flat kos rendah. Kami akan mencari individu yang bertanggungjawab dan berhubung secara terus dengan mereka, supaya kami boleh terus menghantar makanan. Ianya lebih selamat dalam keadaan tularan wabak Covid-19 ketika ini.

“Keduanya adalah kes adhoc. Kami menerima banyak kes sebegini setiap hari. Biasanya kami akan menemu ramah mereka terlebih dulu untuk mengesahkan informasi selain mengutip data.

“Setiap malam, kami akan adakan mesyuarat secara berkumpulan (dengan ahli Happy Bank) dan bila kesemuanya diluluskan, barangan makanan akan diaturkan untuk dihantar keesokan harinya,” katanya.

Menurut Nurainie, HappyBankCrew terdiri daripada lima orang.

PRESTASI HAPPY BANK

Selain giat membantu warga miskin kota di ibu negara, Happy Bank juga telah menghantar dana ke Tawau, Sabah untuk menghulurkan bantuan kepada nelayan kampung selain ke keluarga terpilih di Johor, Perak juga di Kelantan.

Antara kisah yang mencuit kepiluan Jelita adalah mengenai seorang mualaf yang hidup susah, dan perlu menjaga seorang ibu. Sewaktu Happy Bank menghantarkan bantuan, individu berkenaan mahu memulangkan beras kerana mereka tidak mempunyai dapur memasak malah tiada tong gas. Mereka hanya memasak makanan menggunakan ketuhar gelombang. “Maggi tu dia kata, dia rendam dulu dengan air biasa, kemudian masuk dalam microwave,” antara petikan dikongsikan di Twitter HappyBankCrew.

Setakat 10 April lalu, Happy Bank telah mengutip perbelanjaan sebanyak RM111,623 dan membantu kira-kira 1,721 keluarga.

Jika anda mahu menderma, ini caranya:

Nama akaun: Happy Crew Project

Nombor akaun: 568621000906 (Maybank)

Rujukan: Covid-19