Huawei Nova 7i Tampil Dengan Kamera Video Swafoto

Nikmati keseronokan sarat dengan ciri-ciri menarik!

Huawei sekali lagi memperkenalkan siri Nova baharu iaitu Huawei Nova 7i. Ia berjaya menarik perhatian dunia dengan pengenalan dua kamera swafoto yang mampu menghasilkan sudut keemasan, malah merevolusikan ke tahap seterusnya dengan fungsi kamera video yang tiada tandingan.

Digandingkan pula dengan 8GB RAM dan 128 GB memori dalaman serta menyokong slot kad memori nano sehingga 256 GB. Maka, kewujudan Huawei Nova 7i ini mampu bersinar dengan lebih terang berbanding dengan lain. Selain itu, membolehkan bateri bertahan selama satu hari.  Nova 7i ini boleh menghasilkan 70% bateri dalam masa 30 minit pengecasan. Ia juga bertujuan untuk memastikan masa yang digunakan itu maksimum dengan pengecasan minimum.

1 of 5

Memiliki ciri-ciri tambahan

Ia merujuk kepada stickers, filters dan kesan-kesan khas. Khususnya, TikTok atau video Instagram dapat digunakan secara lancar kerana kesemuanya disepadukan bersama kamera HDR. Apa yang lebih menarik ialah tidak perlu memuat turun aplikasi tambahan!

1 of 5