Malaysia Airport Tingkatkan Pengalaman Membeli-Belah Di Lapangan Terbang Malaysia

Lapangan Terbang Antarabangsa Malaysia bakal menjadi destinasi membeli-belah yang menyeronokkan

Malaysia Airport telah mengumumkan pelancaran kempen ‘Shop Like A Hero’ atau #ShopLAH untuk menerajui strategi komersil yang membayangkan lapangan terbang sebagai destinasi yang mewah dan menarik.

#ShopLAH menjemput penumpang untuk melihat semula lapangan terbang bukan sekadar hab pengangkutan tetapi juga sebagai destinasi membeli-belah yang pasti akan memberikan anda pengalaman membeli-belah dan juga pengalaman makan yang menarik.

Sejajar dengan strategi reset komersil Malaysia Airports, kempen #ShopLAH bertujuan untuk meningkatkan pengalaman runcit, makan dan hiburan di lapangan terbang. Organisasi ini merancang untuk mencapai ini dengan memaparkan lebih banyak jenama dan menawarkan barangan mewah eksklusif hanya di lapangan terbang di Malaysia.

Selain itu, ia juga mahu menumpukan pengalaman runcit dalam talian dan luar talian dengan memperkenalkan program e-reward, pembayaran tanpa tunai dan memastikan akses Internet bebas dan boleh dipercayai dalam semua kedai yang terdapat di dalam lapangan terbang itu.

Pada tahun lepas, lapangan terbang antarabangsa di Malaysia telah menyaksikan lebih daripada 84.7 juta penumpang melalui terminalnya. Sehingga Ogos 2019, secara kolektif, lima lapangan terbang antarabangsa telah pun melihat peningkatan sebanyak 4.8 peratus dalam penglibatan penumpang.

Rombakan itu akan termasuk pengenalan kepada zon runcit baru yang memudahkan pengalaman berbelanja anda di lapangan terbang. Ruang ini akan dibahagikan kepada fesyen, bebas cukai, butik dan zon makan. Pada masa yang sama, Malaysia Airport mempunyai kedai runcit sendiri yang dinamakan “Sense of Malaysia”dan akan dilancarkan pada suku kedua tahun 2020.

Fasa pertama kempen ini adalah dengan penubuhan kedai runcit dan tempat makana baru di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LGK) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KUL), serta tarikan runcit seperti HIMPUN 2019, Dior Backstagr, Flotilla Hershey dan Lesen untuk Menang (LTW). Akan ada lebih banyak rencana untuk menjayakan kempen ini di bulan yang mendatang di lapangan terbang antarabangsa yang lain termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (BKI), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KCH), dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN).

Dipandu oleh strategi reset komersilnya, Malaysia Airports akan mengubah bagaimana penumpang melihat lapangan terbang antarabangsa dengan menyusun semula lapangan terbang sebagai destinasi runcit utama.