Kedai Demo Dyson Beri Peluang Untuk Anda Cuba Produk Terbaru

Rasai sendiri pengalaman menggunakan produk Dyson di sini

Berita baik buat warga Selatan tanah air! Dyson Demo Store yang terbaru kini telah dibuka di Mid Valley Southkey, Johor Bahru, Malaysia.

Ruang ini telah direka untuk menggalakkan pengguna untuk memilih, menguji dan merasai teknologi terkini Dyson.

Portfolio teknologi utama Dyson akan turut dipamerkan di kedai tersebut. Antaranya adalah:

Vakum Tanpa Kabel Dyson V11

Terima kasih kepada motor digital Dyson V11, yang berputar sehingga 125,000rpm, vakum tanpa kabel Dyson V11 memberikan 20 peratus lebih kuasa sedutan daripada vakum Dyson sebelumnya. Vakum ini membawa aktiviti pembersihan rumah ke tahap seterusnya dengan membersihkan, mengesan secara automatik dan menyedut serpihan, sambil melaporkan prestasi vakum pada skrin LCD.

Pengunjung ke Dyson Demo Store di Mid Valley Southkey akan dapat merasai sendiri kuasa vakum ini di tiga permukaan lantai yang berbeza, dengan pelbagai debu dan serpihan. Pelanggan juga akan dapat bercakap dengan pakar Dyson mengenai teknologi mana yang sesuai untuk kediaman mereka.

Kipas Dyson Pure Cool Me

Kipas Dyson Pure Cool Me menghapuskan 99.97 peratus alergen dan bahan pencemar sekecil 0.3 mikron dari udara sambil memberikan udara yang dipulikan kepada anda dan ruang anda. Kipas ini secara automatik mengesan dan menangkap bahan pencemar udara mikroskopik di rumah anda, melaporkan kualiti udara dalaman dan luaran secara langsung ke Dyson Link App yang membolehkan pengguna mengesan kualiti udara di dalamnya setiap masa.

Pakar Dyson akan menerangkan cara kipas dan perisian ini berfungsi untuk mendedahkan pencemaran udara yang tidak kelihatan. Kipas Dyson Pure Cool Me ini direka untuk menyokong kesejahteraan anda, memberikan udara bersih dan keselesaan dengan teknologi Dyson Core Flow™ yang sesuai untuk ruang peribadi anda, sama ada di sebelah katil, meja atau di bilik bayi.

Pengering Rambut Dyson Supersonic

Pengering rambut konvesional boleh menjadi agak besar dan sukar untuk digunakan, memberikan suhu yang tinggi hingga menyebabkan kerosakan pada rambut dan juga risiko untuk rambut disedut dan terperangkap dalam penapis. Jurutera Dyson telah mengubah cara anda menggunakan pengering rambut. Dikuasai oleh motor digital Dyson V9 yang dipatenkan, pengering rambut Dyson Supersonic™ menggunakan aliran udara yang cepat tetapi fokus, direka untuk keseimbangan di tangan, lebih senyap daripada yang lain dan bijak mengawal suhu untuk membantu melindungi rambut dari haba yang melampau.

Dyson telah melaburkan £ 50 juta untuk mereka pengering rambut ini termasuk makmal yang ditujukan untuk menyiasat sains yang berkaitan rambut. Jurutera Dyson telah menghabiskan masa lebih dari empat tahun mengkaji rambut dari akar ke hujung, memahami bagaimana ia bertindak balas terhadap tekanan, bagaimana untuk memastikan ia kelihatan sihat dan bagaimana untuk menggayakannya.

Dyson Airwrap Styler

Tidak seperti kebanyakan alat penggaya yang bergantung pada haba melampau untuk menggayakan rambut, Dyson Airwrap Styler menggunakan jet udara untuk membolehkan anda menggayakan rambut keriting yang cantik di rumah seperti anda melakukan rawatan di salon.

Menggunakan motor digital V9 yang berkuasa tinggi, produk ini memanfaatkan fenomena yang dikenali sebagai kesan Coanda. Kesannya berlaku apabila jet udara yang laju mengalir di sebelah permukaan dan disebabkan oleh perbezaan tekanan disebabkan oleh permukaan, aliran udara melekat pada permukaan.

Mengambil kelebihan prinsip ini, pasukan aerodinamik Dyson telah mencipta jalan untuk menggayakan rambut hanya menggunakan udara yang digabungkan dengan haba. Hasilnya mewujudkan rupa semula jadi dnegan kemasan yang rapi dan membantu mencegah kerosakan haba melampau.

Dyson Demo baru mempunyai stesen gaya untuk membolehkan pengguna menguji dan mengalami dua produk Dyson yang hebat ini. Penasihat kecantikan Dyson akan ada di sana untuk menjelaskan bagaimana mesin ini berfungsi dan menawarkan nasihat gaya untuk pelanggan. Penyesuaian pada mesin penjagaan rambut ditawarkan, selain itu, anda juga boleh membuat temu janji untuk menggayakan rambut di kedai.

Lampu Dyson

Semua produk dalam kedai Demo Dyson diterangi oleh lampu suspensi Cu-Beam Dyson yang menggunakan satu LED kuasa tinggi untuk memberikan cahaya yang kuat dan tepat di mana ia diperlukan. Terima kasih kepada sistem penyejukan yang berkesan, yang menggunakan teknologi paip haba untuk mengarahkan haba dari LED, memanjangkan hayat dan lampu tetap cerah sehingga 180, 000 jam.

Direka untuk memberikan cahaya yang tepat untuk waktu yang tepat, Dyson Lightcycle yang menyokong jam badan anda dengan menjejak waktu tempatan dan menyesuaikan suhu dan cerah lampu tersebut. Lampu ini juga direka untuk mengurangkan ketegangan mata dengan lebih daripada 1,000 kecerahan Lux, lampu Dyson ini mengekalkan kualiti cahaya selama 60 tahun, terima kasih kepada teknologi Heat Pipe.

Pengguna boleh menetapkan ciri pada lampu ini melalui aplikasi Dyson Link yang direka untuk menyokong pencahayaan yang optimum sepanjang hari.

Jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk merasai sendiri pengalaman menggunakan produk Dyson di kedai Demo Dyson.