Jualan Besaran Sempena Ulang Tahun Ke 10 Big Bad Wolf

Jom sertai jualan buku Big Bad Wolf!

Masanya sudah tiba untuk anda menambah koleksi buku novel menarik, biografi yang menginspirasikan serta cerita pengembaraan yang menghiburkan untuk anak anda kerana jualan buku Big Bad Wolf kini kembali. Sempena dengan sambutan ulang tahun ke-10, jualan buku Big Bad Wolf terbesar ini menjanjikan senarai judul buku yang lebih banyak daripada sebelumnya serta pelbagai elemen menarik dengan tema Grand Carnival pada tahun ini. Jualan buku ini akan berlangsung selama 24 jam sehari bermula dari 6 sehingga 16 Disember 2019 dan akan berterusan selama 11 hari.

Bertempat di Pusat Konvesyen dan Pameran Antarabangsa The Mines (MIECC), Selangor. Jualan buku ini turut memberikan tawaran diskaun dari 75 peratus hingga 95 peratus daripada harga runcit yang disyorkan dan masuk adalah PERCUMA.

Dengan lebih daripada 4.5 juta buah buku yang ditawarkan, jualan buku Big Bad Wolf ini menjadi rebutan sama ada dalam kalangan pencinta buku tempatan mahupun antarabangsa. Jualan buku ini menawarkan pelbagai kategori untuk bahan bacaan kanak-kanak, fiksyen dan bukan fiksyen seperti kisah romantik, buku bergambar timbul, kesusasteraan, bantu diri, sejarah, seni bina dan reka bentuk. Terdapat juga buku cerita, buku aktiviti, buku kertas tebal, buku bergambar dan buku interaktif. Selain daripada itu, terdapat juga pelbagai pilihan buku keluaran penerbit tempatan termasuk Kualiti Books, Sasbadi, Karangkraf PTS, Penerbitan Pelangi, Buku Fixi, The Patriots dan Kanyin Publishing.

Tumpuan utama jualan buku kali ini adalah judul buku kanak-kanak yang eksklusif dan unik yang turut dikenali sebagai Magical Book. Buku bawah judul ini menggabungkan teknologi melalui pembacaan dan menghasilkan satu pengalaman Realiti Terimbuh (AR) yang luar biasa buat kanak-kanak. Buku dalam judul Magical Book turut hadir dalam siri pembelajaran prasekolah dan bahan cerita waktu tidur yang merangkumi teknologi terkini bagi merevolusi bahan bacaan generasi akan datang yang membuka ruang kepada kanak-kanak untuk bernyanyi, belajar dan membaca.

Tajuk buku kanak-kanak yang popular seperti Little Red Riding Hood dan Let’s Learn Alphabet ABC adalah antara 15 judul yang diperkenalkan pada pesta jualan tahun ini. Amat sesuai untuk kanak-kanak berusia satu hingga lima tahun, siri Magical Book ini akan mewujudkan satu pengalaman membaca yang interaktif dan mengasyikkan.

“Sebagai tanda sokongan kepada literasi, kami akan memastikan bahawa ada sesuatu untuk semua orang. Kami ingin menggalakkan pembaca generasi baru, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak. Ini adalah penting bagi peringkat umur tersebut untuk menjadi pembaca melalui keseronokan membaca. Sebagai usaha memupuk budaya membaca dari usia muda, kami secara konsisten mencari tajuk-tajuk menarik yang mampu melibatkan mereka dalam pelbagai aspek ketika proses membaca,” – Andrew Yap, Pengasas Bersama Big Bad Wolf.

Anda juga boleh memberikan semula kepada masyarakat menerusi jualan buku Big Bad Wolf KL 2019. Big Bad Wolf akan bekerjasama dengan badan organisasi bukan untung tempatan serta pengunjung dengan cara membeli sambil menderma buku di sudut Red Readerhood ketika pesta jualan berlangsung.

Selain itu, para pengunjung juga turut boleh menuntut tawaran-tawaran eksklusif pada Jualan Buku dengan mendaftar sebagai ahli Wolf Pack di: https://bigbadwolfbooks.com/my/signup/

Bagi mereka yang ingin mengetahui perkembangan terkini dan peraduan yang ditawarkan ketika Jualan Buku, sila ikuti laman media sosial Jualan Buku Big Bad Wolf melalui pautan berikut di Big Bad Wolf Books, Facebook dan Instagram.