Jom Sertai Acara Yang Menawarkan Aktiviti Menyeronokkan!

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda di GoiFEX 2019

Istimewa buat anda yang sukakan aktiviti sukan dan juga kesihatan, Pulse by Prudential tampil dengan satu acara yang dikenali sebagai GoiFEX 2019, acara South East Asia’s premier sports, fitness and lifestyle.

Acara ini akan berlangsung selama tiga hari di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC) bermula dari 8 sehingga 10 November ini, GoiFEX adalah sebuah acara yang bakal menampilkan pelbagai aktiviti yang bukan sahaja daripada aspek sukan dan kesihatan tetapi juga acara muzik serta gaya hidup.

GoiFEX 2019 ini turut menghimpunkan ramai selebriti dari seluruh dunia seperti peminat tegar Zumba dari Switzerland, Umar Syarif, David Velez dari Columbia dan George Lu dari Hong Kong. Untuk anda yang gemarkan aktiviti yoga, Atilia Haron juga akan turut serta dalam sesi yoga yang diadakan di acara tersebut.

Antara selebriti lain yang akan memeriahkan acara ini termasuk Selebriti Yogi dari Indonesia, Fajar Penyo. Manakala untuk sukan Martial Arts, jangan lepaskan peluang untuk bertemu dengan Peter Hugh Davis, Aglian Thani dan Gianni Subba.

Jika anda berminat untuk menyertai acara ini, anda boleh muat turut aplikasi Pulse by Prudential yang dikuasakan oleh teknologi AI. Ia adalah aplikasi yang memberikan maklumat kepada anda mengenai kesihatan dan kecergasan diri.

Muat turut aplikasi itu sekarang dan nikmati diskaun sehingga 25 peratus untuk tiket acara GoiFEX 2019 serta diskaun 10 peratus dari Starbucks.

Dapatkan tiket anda di sekarang! dengan menggunakan kod promo: GOIFEXPULSE25. Layari www.goifex-malaysia.com untuk info lanjut. Jumpa anda di sana!

Jadual acara:

8 dan 9 November 2019: 9 pagi sehingga 8.30 malam

10 November 2019: 9 pagi sehingga 7.30 malam.