Fenomena Frozen 2, 5 Jenama Buat Kolaborasi Bersama Disney

Frozen 2 bakal ditayangkan di pawagam 21 November ini!

Walaupun masih belum ditayangkan di pawagam, fenomena Frozen 2 sudah mula tular di media sosial dan ada di antara jenama terkenal sudah mula berkolaborasi dengan Disney untuk menghasilkan produk, barangan mahupun peraduan bersama filem animasi terkenal itu. Oleh itu, Jelita senaraikan lima jenama yang berkolaborasi bersama dengan Disney Frozen 2.

1 of 5

Toys “R” Us

Jenama permainan kanak-kanak terkenal tidak ketinggalan dalam menjalankan kolaborasi bersama dengan Frozen 2. Sempena filem animasi ini yang bakal ditayangkan di Malaysia, Toys “R” Us telah menghasilkan beberapa mainan menarik yang diilhamkan daripada Frozen 2.

Set Anak Patung Diraja

Jom kenali sejarah silam kerajaan Arendelle dengan set anak patung keluarga Diraja Arendelle yang memaparkan anak patung Anna dan Elsa ketika kecil serta Raja Agnarr dan Ratu Iduna. Menariknya set anak patung ini, anda boleh menukar gaya anak patung ini untuk menghidupkan kembali babak kekeluargaan daripada filem berkenaan. Set anak patung ini boleh didapati di semua rangkaian Toys “R” Us dan melalui gedung dalam taliannya pada harga RM229.90 (Semenanjung Malaysia) dan RM241. 90 (Sabah dan Sarawak).

Nyanyi Bersama

Anak patung serba baharu ini adalah hadiah sempurna bagi peminat Frozen untuk menyanyikan bersama lagu kegemaran mereka daripada filem animasi berkenaan. Set ini merangkumi anak patung Elsa yang didatangkan dengan gaun berwarna biru muda dan anak patung Anna yang memukau dengan pakaian yang diinspirasikan daripada filem kedua tersebut dengan kasut but yang boleh dibuka.

Dengan hanya satu butang, gaun yang dipakai oleh patung mainan tersebut akan bercahaya dan anak anda boleh menyanyikan sebahagian daripada lagu filem “Frozen 2”. Anda boleh mendapatkan patung istimewa ini pada harga RM159.90 (Semenanjung Malaysia) dan RM167.90 (Sabah dan Sarawak)

Suai Padan

Kumpulkan set penuh anak patung “Frozen 2” termasuk Elsa, Anna, Kristoff, Sven dan Olaf yang didatangkan dengan pakaian signatur mereka sekali gus membenarkan anak anda untuk mengubah gaya mereka seiring dengan dialog daripada filem berkenaan.

Selain itu, anak anda pasti akan gembira dengan set anak patung fesyen adik beradik Frozen, Elsa dan Anna yang menampilkan aksesori lengkap, rambut panajng yang boleh disikat, enam pasang getah rambut, dua klip rambut dan juga sikat. Anak patung ini boleh didapati pada harga RM159.90 (Semenanjung Malaysia) dan RM167.90 (Sabah dan Sarawak).

Pop Adventure

Set permainan menyeronokkan Pop Adventure ini merangkumi Istana Arendelle dengan bilik tidur Elsa dan Anna dan Kampung Arendelle bersama anak patung mini Anna, tiga botol posyen, satu kunci dan sebuah pedati. Mainan ini sangat ideal untuk anak anda mencipta pengalaman yang menyeronokkan bersama Elsa dan Anna.

Waktu bermain Pop Adventures tidak lengkap tanpa Surprise Blind Boxes Frozen 2- sebuah permainan yang membenarkan kanak-kanak membuka sebuah bekas kristal bagi mendedahkan karakter Frozen 2 kegemaran mereka. Mereka dikejutkan dengan konfeti yang berwarna-warni apabila mereka membuka bekas berkenaan buat kali pertama. Mainan ini boleh didapati pada harga RM29.90 ke atas.

Bina Istana Arendelle

Wujudkan momen magis daripada filem Frozen 2 bersama LEGO®. Elsa’s Wagon Adventure adalah sebuah set mainan binaan wagon yang direka khas dan mudah bagi kanak-kanak berusia empat tahun ke atas. Bina karakter dan model rusa kutub LEGO® yang menyeronokkan sementara asas Starter Brick istimewa membenarkan pengalaman binaan bangunan, kenderaan dan sebagainya menjadi lebih menyeronokkan walaupun bagi anda yang baru mula untuk membina. Set binaan ini boleh didapati pada harga RM159.90.

Anda juga boleh mendapatkan set permainan Kampung Istana Arendelle daripada LEGO® yang dapat memberikan masa bermain penuh kreatif untuk anak anda. Menyediakan suasana sempurna untuk menghidupkan babak kegemaran daripada filem tersebut. Kediaman Anna dan Elsa itu mempunyai tiga tingkat yang boleh dibuka dan dipasang semula dengan mudah. Malah, kepingan perabot juga direka agar mudah dipindahkan dan disusun di antara balairung seri, bilik tidur dan aras loteng.

Di bahagian luar pula, gerai pasar menawarkan barangan terbaik dan terdapat sebuah sampan di bahagian jeti, menunggu untuk penggembaraan seterusnya! Set permainan Arendelle ini merangkumi tiga karakter kegemaran Disney dan tiga patung haiwan LEGO®. Ia boleh didapati pada harga RM429.90.

Hadiah Menarik

Selain daripada mainan menarik, Toys “R” Us turut menawarkan hadiah eksklusif yang menyeronokkan dengan setiap pembelian barangan Frozen 2. Disediakan secara eksklusif kepada ahli Star Card, mereka berpeluang untuk memenangi salah satu dariapada dua Istana Arendelle Frozen 2 yang bernilai RM1,900 yang terdapat di Malaysia. Untuk menyertainya, anda perlu membua tpembelian sebarang produk Frozen 2 Hasbro pada bulan November dan Disember ini dan menjadi pelanggan paling banyak berbelanja pada bulan berkenaan untuk merebut peluang memenangi istana tersebut!

Dengan setiap penambahan pembelian barangan Frozen, anda mungkin berpeluang untuk mendapatkan satu kunjungan ke panggung wayang untuk menyaksikan filem kegemaran ramai ini. Bermula dari 1 hingga 20 November 201, 50 individu yang paling tinggi berbelanja dalam tempoh kumulatif ini akan menerima dua baucar tiket untuk menonton filem Frozen 2 Disney di panggung wayang.

Untuk info lebih lanjut, layari laman sesawang rasmi Toys “R” Us

1 of 5