Wanita Malaysia Menang Pelaburan RM3.36 Juta Dalam Rancangan TV, Shark Tank

Mempunyai 50 peratus peluang untuk hidup tidak menghalang Amber Leong untuk berjaya

Ada di antara anda yang cukup kenal dengan Shark Tank, rancangan realiti Amerika Syarikat di mana para usahawan dari seluruh dunia memperkenalkan perniagaan mereka kepada bakal pelabur atau “jerung” dengan harapan untuk berjaya.

Dalam Shark Tank, penonton dapat melihat sama ada para usahawan yang terlibat berjaya atau tidak dalam dunia perniagaan apabila model perniagaan dan produk mereka akan diteliti oleh para pelabur yang kemudian akan memutuskan sama ada model perniagaan atau produk itu layak untuk menerima pelaburan.

View this post on Instagram

Come on in, the water's fine! 🌊 #SharkTank

A post shared by sharktankabc (@sharktankabc) on

Bukan mudah untuk berjaya dalam situasi yang dikelilingi dengan “jerung” ini, namun seorang wanita Malaysia berjaya ‘berenang’ keluar dari situasi itu. Wanita daripada Kuala Lumpur ini menjadi rakyat Malaysia pertama yang menjadi peserta di dalam rancangan itu dan dia telah membawa pulang tawaran berjumlah RM3.36 juta!

Menggelarkan dirinya sebagai ‘seorang gadis dari sebuah bandar kecil di Malaysia’, Amber Leong yang berasal dari Salak Selatan adalah pengasas Circadian Optics. Ia adalah sebuah alat terapi cahaya yang menyerupai matahari untuk mengawal irama sirkadian badan dan membantu untuk memperbaiki corak tidur pesakit.

Menurut laporan daripada majalah US Inc., syarikat Amber bernilai $7.5 juta dolar Amerika Syarikat iaitu bersamaan (RM31.7 juta). Episod itu disiarkan dalam musim ke 11 rancangan itu yang disiarkan pada Ogos lalu.

Tidak Kenal Erti Putus Asa

Selain daripada peranti hebat itu, para pelabur juga turut terharu dengan kisah hidupnya dari zaman kanak-kanak yang miskin sehinggalah dia memulakan syarikat bernilai jutaan dolar dengan suaminya, Kin Mun Chew.

Dengan visi untuk mendapatkan kejayaan, Amber mengimpikan untuk memulakan kehidupan di Amerika Syarikat. Jadi, dia telah menyakinkan ibu bapanya untuk menghantarnya ke merentas Lautan Pasifik untuk menghadiri kolej.

Demi untuk merealisasikan impiannya, ibu bapanya telah mengeluarkan dana persaraan mereka dan meminjam wang dari rakan untuk menghantar Amber ke Amerika. Malangnya, sembilan bulan sebelum menjejakkan kaki ke Amerika, Amber telah didiagnosis dengan sindrom kejutan toksik iaitu satu sindrom yang jarang dan berbahaya yang disebabkan oleh jangkitan bakteria yang serius.

Lebih menyedihkan apabila doktor memberitahu bahawa Amber mempunyai 50 peratus peluang untuk hidup. Walau bagaimanapun, Amber berjaya melepasi tahap bahaya dan tetap berjuang meneruskan hidupnya. Dia melangkah melalui episod yang mengubah kehidupannya, menamatkan pengajian dan berjaya mendapatkan pekerjaan dengan gaji enam angka. Dia menghantarkan wang kepada keluarganya di Malaysia.

“Saya terselamat dan ia memberikan saya perspektif baru dalam hidup. Ia membuatkan saya bertanya kepada diri sendiri: “Apa yang akan saya lakukan dengan kehidupan saya yang berharga ini?” Saya mahu lakukan sesuatu yang berani. Saya tahu saya perlu ambil peluang ini! Jadi, saya mempunyai idea ini dan saya mahu memilih kreativiti daripada kepastian,”- Amber Leong, Shark Tank.

Semangatnya untuk pulih telah mendorong dan memotivasikannya setiap hari. Dia kemudian memulakan Circadian Optics pada tahun 2016 setelah mengetahui bahawa lampu terapi mampu membantunya mengatasi pola tidurnya yang terganggu.

Harga lampu terapi ini berharga daripada $44.99 dolar Amerika bersamaan dengan RM144 dengan salah satu model lampu tersebut diberi nama (Lampu). Dua pelabur, Cuban dan Greiner bersetuju dengan tawaran 20:80 dengan Amber untuk pelaburan sebanyak $750,000 dolar Amerika, bersama dengan tambahan $50,000 dolar Amerika untuk keluarganya di Malaysia.

Pelabur lain juga menawarkan pelaburan yang sama tetapi Leong memilih untuk melakukan perjanjian dengan Cuba dan Greiner.