Ujian Persampelan Covid-19 Di Rumah

Kerajaan permudahkan pemeriksaan untuk anda semua!

Hanya perlu buat di rumah ataupun di pejabat sahaja. Mudah, bukan?

Setiap hari, anda dikejutkan dengan peningkatan bilangan kes positif Covid-19 dan penularan wabak ini masih lagi tidak mempunyai kesudahan. Berdasarkan statistik terkini yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), jumlah kumulatif positif Covid-19 di Malaysia meningkat kepada 149 kes.

Disebabkan penularan wabak Covid -19 yang semakin hari semakin meningkat, Kumpulan Medic (Qualitas) telah mengambil langkah yang proaktif dengan melaksanakan satu program yang dipanggil Program Pemeriksaan Covid-19. Tindakan sebegini wajar dipuji kerana ia secara tidak langsung dapat mengurangkan rasa ketidakpastian anda sama ada mempunyai simptom Covid-19 ataupun tidak.

Bagi individu yang berisiko terkena jangkitan Covid-19, mereka boleh membuat ujian tersebut di rumah ataupun di pejabat sahaja tanpa perlu hadir ke fasiliti kesihatan.

Program ini juga turut mendapat kerjasama daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), DoctorOnCall dan Clinipath Sdn Bhd.

Terdapat beberapa langkah yang perlu anda lakukan. Antaranya:

  1. Berhubung dengan doktor pakar melalui DoctorOnCall

Jika anda disyaki menghidap virus Covid-19, sesi rundingan awal boleh dibuat melalui portal http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/2019-ncov-wuhan Melalui platform ini, anda boleh mendapatkan akses secara percuma dengan doktor yang bertugas untuk mendapatkan nasihat pakar dan menilai keperluan untuk ujian persampelan Covid-19 sekiranya anda berisiko tinggi. Ianya bergantung kepada garis panduan KKM.

  1. Buat ujian di rumah

Jika anda tergolong di dalam pesakit yang berisiko tinggi, anda sebenarnya boleh membuat pemeriksaan di rumah di mana satu pasukan perubatan akan dihantar ke rumah anda bagi melakukan ujian yang berkenaan. Ujian persampelan anda itu akan dikendalikan pakar perubatan Clinipath. Keputusan persampelan kemudiannya akan diberitahu kepada anda secara lisan dan juga melalui e-mel dalam masa 24 jam.

  1. Jika ujian anda positif – langkah seterusnya…

Jika anda positif Covid-19, doktor yang bertugas di Qualitas akan memberikan nasihat kepada anda tentang langkah yang wajar dilakukan mengikut garis panduan KKM.

 

Baca juga: Adakah hand-sanitiser memadai untuk lindungi diri daripada Covid-19?