Tip Makeover Ruang Menggunakan Cat

Pakar Nippon Paint & ColourHive kongsi panduan berguna.

Jika ada cadangan untuk menyegarkan semula ruang kegemaran, mengecat adalah cara paling praktikal.

Anda tidak perlu membeli perabot baru yang sudah tentu memakan belanja besar. Tetapi dengan mengecat, ruang disasarkan akan terus kelihatan segar dan tampak serba baru.

Sebelum anda memulakan projek mengecat, lengkapi diri dengan informasi penting yang dikongsikan oleh pakar Nippon Paint Malaysia dan ColourHive.

Tip untuk pastikan cat anda kelihatan sentiasa segar selepas ia dicat?

Menurut Nippon Paint Malaysia;

  • Penting untuk mengambil kira langkah yang betul bila menggunakan sistem coating (melapis), termasuk menggunakan primer atau sealer dan topcoat, bergantung kepada jenis permukaan dan ruang rumah yang mahu dicat semula, agar ia kelihatan sentiasa segar untuk bertahun lamanya. Untuk itu, anda digalakkan mengguna sealer/primer sebagai lapisan asas sebelum mengenakan cat supaya dinding berada dalam keadaan baik.
  • Sebelum mengecat, pastikan tiada kecacatan pada dinding (seperti lubang). Bersihkan habuk dan kekotoran, buang lapisan cat lama yang terhakis.
  • Pastikan permukaan itu kering sebelum mula mengecat atau melapisi cat. Setiap jenis cat dan permukaan memakan masa berbeza untuk mengering. Pastikan ianya nampak sekata dan warnanya konsisten.
  • Perkiraan lapisan cat adalah satu lapis basecoat (primer/sealer) dan dua lapis topcoat. Namun, jika dinding ada masalah, ia memerlukan lebih banyak lapisan.

Berapa kerap perlu cat semula permukaan?

“Bergantung pada keadaan sedia ada, seperti cuaca, suhu dan kualiti pemukaan yang akan dicat. Juga jenis permukaan. Keadaan sekeliling juga main peranan, seperti bila kanak-kanak menggunakan dinding untuk bersandar, terutama bila peringkat baru bertatih dan gemar berpegang pada dinding,” kata Nippon Paint Malaysia.

Mungkin bakteria dan kekotoran akan berkumpul pada permukaan jadi anda perlu mengecat semula dengan kerap.

Secara asasnya, sekali dalam lima tahun adalah disarankan.

Bagaimana mencipta sesi mengecat yang menyeronokkan?

“Ianya tentu lebih seronok jika dianggap sebagai hobi atau aktiviti berkumpulan daripada menjadikannya beban sendirian. Jika anda ada anak dalam usia bersesuaian, apa kata ajaknya sekali?” katanya.

Jika anda melakukannya sendirian, anda dapat kebebasan menyuai padan skema warna dan menyelitkan unsur kreativiti pada ruang itu.

Sementara itu, ColourHive berkata, anda boleh merujuk kepada Nippon Paint Trend Beyond Colours 2020/21 dan Nippon Paint Colour Palette 2020/21 yang menawarkan lapan warna trendy daripada empat tema berbeza untuk anda pilih. Daripada warna hangat ke tona dingin bagi memenuhi keperluan. Lihat di sini.

RAW BEAUTY: menawarkan palet neutral dan zen. Adunan light beige dan oren rusty yang tampak vintaj.

GENTLE WHISPER: warna tenang namun menarik perhatian dalam keluarga ungu-kelabu dipadankan dengan merah jambu lembut.

POP LIFE: Untuk peminat warna kontras dan terang seperti oren memukau dan pink magenta.

PRECIOUS TALE: Yang suka aura rustic boleh bermain dengan rona turqoise atau rona neutral seperti Winter Moss.

 

Baca juga: Cipta udara segar semula jadi dalam rumah.