Tidur Lebih Lena Selepas Minum 9 Air Ini!

Atasi masalah insomnia dengan cara ini.

Seorang dewasa digalakkan untuk tidur selama tujuh hingga sembilan jam sehari agar badan dan minda benar-benar pulih selepas keletihan sepanjang hari. Namun, jika menghidap insomnia, anda mungkin sukar untuk tidur.

Elakkan ambil ubat tidur yang akan berikan kesan buruk pada kesihatan anda. Sebaliknya cuba sembilan minuman yang Jelita kongsikan ini.

1 of 9

Susu Suam

Susu suam adalah salah satu pilihan terbaik untuk membantu anda tidur dengan lena dan selesa. Ini kerana susu mengandungi tryptophan, yang meningkatkan serotonin di otak, sejenis hormon yang membuatkan anda rasa gembira dan selesa. Hormon melatonin dihasilkan lebih banyak dalam keadaan ini dan ini amat penting kerana ia mampu merangsang rasa mengantuk walaupun untuk mereka yang menderita insomnia yang kronik.

1 of 9