Telefon Pintar Dengan Kamera Quad Snapdragon 64 MP Pertama Di Malaysia

Dengan kamera 64MP, foto anda akan kelihatan lebih cantik dan menarik

Realme Malaysia secara rasminya melancarkan model telefon pintar terbaru, realme XT. Model telefon pintar ini dilengkapi dengan kamera Quad Snapdragon 64MP yang pertama di Malaysia serta menjanjikan resolusi gambar terbaik dengan butiran jelas untuk pengguna.

Realme XT ini dikuasakan oleh kelajuam jam 2.3Ghz Snapdragon 712 AIE dengan sensor ultra resolusi tinggi 64MP, mempunyai binning piksel empat dalam satu, f/1.8 aperture besar dan kanta 6P dengan keupayaan pengumpulan cahaya yang hebat sekali gus memberikan realme XT taraf yang setanding dengan kamera fotografi.

Model telefon pintar ini turut menampilkan Gorilla Glass 5 di bahagian depan dan belakang reka bentuk kaca melengkung yang terdapat dalam dua pilihan warna gradient iaitu Pearl Blue dan Pearl White.

Kamera quad Realme XT dipasangan dengan sensor 64 MP GW1 Samsung untuk kamera utama, lensa sudut lebar 8 MP, kanta makro 2 MP dan kanta potret 2 MP bersama dengan kamera 16MP Sony pada kamera depan yang pasti dapat menghasilkan gambar yang tiada tandingan dan anda akan dapat melihat butiran jelas pada gambar tersebut ketika anda zoom masuk.

Realme XT menyokong rakaman video 4K pada 30fps, rakaman video HD 1080p pada 30fps/ 60fps, rakaman video HD 720p pada 30fps dan 60 fps serta gerakan perlahan sehingga 960fps. Telefon pintar ini turut dilengkapi skrin dew-drop dengan ukuran 6.4 inci, tekstur skrin Super Amoled dengan notch waterdrop yang kecil. Model ini juga dilengkapi dengan dual nano-SIM yang boleh digabungkan melalui slot kad microSD hingga 256GB.

Selain itu, realme XT ini juga turut dilengkapi dengan sistem cap jari yang dibina di dalam skrin telefon dan turut menampilkan ciri yang paling dinantikan iaitu Dolby Atoms yang menggabungkan pembesar suara superlinear dan penguat kuasa pintar yang menggandakan kelantangan audio dan meningkatkan kualiti bunyi untuk pengalaman audio terbaik.

realme XT

Versi Warna Tarikh Jualan
8 + 128 GB Pearl Blue  

11.11.2019 at 12 pagi; RM1,399

Selain daripada model realme XT, realme turut memperkenalkan aksesori gajet yang terkini antaranya

realme Power Bank

realme Power Bank dilengkapi dengan bateri lithium berkapasiti 10,000 mAh, yang dapat menyokong proses pengecasan cepat, 18W dengan kedua-dua jenis USB A dan C. Satu perkara penting yang menarik tentang Power Bank ini adalah pengecasan pantas yang juga bersifat bi-directional supaya anda boleh mengecas power bank dan telefon anda pada masa yang sama.

Dengan pengecasan pantas dan dua sambungan USB jenis A dan C, anda boleh mengecas dua peranti berbeza pada masa yang sama. Realme Power Bank mempunyai dua warna menarik, kelabu dan kuning.

realme Buds 2

Pengguna boleh menikmati fon telinga bass 11.2 mm yang terdiri daripada Multi-layer Composite Diaphragm dan Japan’s Daikoku Voice Coil yang boleh didapati dalam harga yang berpatutan. Reka bentuk kapsul coaxal membolehkan gegelung mudah alih berukuran 1.2mm itu untuk menyampaikan muzik Hi-Fi tanpa sebarang gangguan.

realme Buds Wireless

realme Buds Wireless adalah aksesori terbaru yang direka khas untuk peminat oleh realme selepas bekerjasama dengan penerbit muzik terkenal dunia dan DJ, Alan Walker. Realme Buds Wireless direka dalam konsep minimalis yang diperbuat daripada gel silika dan logam premium yang mesra pada kulit anda.

Sambungan magnet menjadikannya lebih mudah untuk disimpan dan pada masa yang sama ia juga berfungsi sebagai suis. Ia secara automatik akan menghidupkan dan disambungkan ke peranti anda apabila fon itu dipisahkan dan ia akan dimatikan secara automatik apabila disambungkan.

Alan Walker telah bekerjasama rapat dengan pakar bunyi realme untuk memberikan pengguna audio bass yang paling tepat dan kuat dengan Dinamik Bass Boost (DBB). realme Buds Wireless akan mencipta pengalaman bunyi yang menakjubkan terutama sekali untuk muzik elektronik.

realme Buds 2, Buds Wireless & Power Bank

Versi Warna Tarikh Jualan
realme Power Bank Kelabu  

 

11.11.2019 at 12 pagi

realme Power Bank : RM129

realme Buds 2 : RM39(flash sale 11.11)/ RRP RM49

realme Buds Wireless : RM149

 

 

Kuning
realme Buds 2 Hitam dan Kuning
realme Buds Wireless Hitam dan Kuning

 

Untuk sebarang pembelian realme XT pada jualan Lazada 11.11 akan mendapat beg realme PERCUMA bernilai RM 159.

Kedua-dua realme XT dan realme 5 (3 + 32 GB) akan dijual secara eksklusif di platform Lazada. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang jualan dalam talian, klik di sini.

Untuk realme Buds Wireless sahaja, pra-pesanan akan bermula dari sekarang. Aksesori itu akan dijual secara eksklusif di Shopee semasa promosi jualan 11.11. Untuk lebih info lanjut, sila klik di sini.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kemas kini terkini realme, lawati laman sesawang rasmi realme.