Takut Keluar Rumah Tetapi Perlu Beli Barang Keperluan? Ini Penyelesaiannya!

Duduk rumah, tunggu barang sampai!

Selepas peningkatan kes Covid-19 yang mendadak di Malaysia, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020, di seluruh negara. Perintah kawalan ini dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Pengumuman ini membuatkan ramai rakyat Malaysia panik dan tentu sekali menimbulkan kekecohan dengan memborong semua keperluan dapur seperti tiada hari esok! Keadaan ini membuatkan ada sesetengah rakyat yang tidak dapat membeli keperluan diri dek kerana sikap rakus yang lain.

Jelita juga sempat membuat tinjauan di beberapa buah pasar raya tempatan dan sememangnya banyak stok barang telah licin di rak jualan seawal jam dua petang! Ada juga yang berasa sedikit trauma untuk keluar ke rumah dan mungkin juga ada yang mengambil jalan lebih selamat untuk ‘mengurung’ diri sahaja. Apa-apa pun, kehidupan perlu diteruskan dan Jelita rasa sebagai langkah bijak, anda mungkin boleh cuba mendapatkan khidmat penghantaran di rumah sahaja. Jelita senaraikan restoran makanan yang menggunakan aplikasi penghantaran di rumah seperti di bawah.

1 of 5

1. MCDONALDS

McDonalds Malaysia mengambil inisiatif dengan menutup ruang dine-in dan hanya membuka kaunter pandu lalu dan perkhidmatan penghantaran ke rumah. Mereka juga hanya mengambil transaksi secara talian tanpa tunai kerana virus covid-19 dilaporkan boleh tersebar melalui wang kertas.

1 of 5