Spray Anti VOC Pertama Yang Membersihkan Udara Kotor

Bernafas Dengan Udara Segar!

Jenama penghawa dingin tempatan, Acson Malaysia telah melancarkan satu produk spray Anti VAC (Volatile Organic Compound)  yang pertama di Malaysia bagi meningkatkan kualiti udara dalaman serta memberi gaya hidup sihat kepada pengguna.

Pengurus Besar Acson Malaysia, Encik Yeap Kin Oun berkata, “Walaupun rata-rata masyarakat sedar akan pencemaran udara, namun kita tidak sedar bahawa Volatile Organic Compound (VOC) juga merupakan ancaman yang tersembunyi dalam diaman kita. VOC yang sudah sebati di udara dalaman, mungkin berbau dan tidak berbau. Pernafasan di peringkat rendah VOC boleh meningkatkan risiko masalah kesihatan dalam jangka masa yang panjang.

Beliau berkata lagi, “Persekitaran dalaman adalah 2 hingga 5 kali lebih tercemar daripada persekitaran luar seperti yang dinyatakan dalam laporan Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat. Anti VOC Spray direka khas bagi mengekalkan kualiti udara dalaman yang baik kerana hari ini orang ramai banyak menghabiskan sebahagian besar masa dalam persekitaran yang tertutup. Kami yakin bahawa semburan itu tidak bertoksik dan tidak berbahaya untuk kesihatan”.

Menurut Kod Amalan Industri Kualiti Udara Dalaman 2010, VOC boleh menyebabkan kerengsaan mata, hidung, tekak, sakit kepala, pening, gangguan visual, gangguan ingatan dan kanser.

View this post on Instagram

Breathe better with the ACSON Anti VOC Spray. Here's how. Step 1: Thoroughly clean the surface area first and foremost. Step 2: Shake the bottle for 10 seconds to prep its suspension. Step 3: Spray the surface area while keeping a distance of 30-40cm from the surface area to ensure an even distribution. Step 4: Expose the coated surface to sunlight/ lights immediately after coating. Step 5: Avoid wiping or touching the applied area for 24 hours to enable the mixture to form a of coat that removes formaldehyde and other harmful substances in the air. Step 6: Keep a door or window open to ensure better ventilation for a more effective effect. Click on the link below to find out more now: https://www.acson.com.my/anti-voc-spray #ACSON #AntiVOCSpray #antiformaldehyde #antibacterial #antiodour #newhome #newhouse #newcar

A post shared by Acson Malaysia (@acsonmalaysia) on

Acson Anti VOC Spray direka khas untuk menguraikan VOC, bahan kimia yang mungkin terdapat dalam produk rumah seperti cat, varnis, karpet, lantai vinil, produk kayu komposit, penyegar udara, produk pembersihan, rokok, dan ianya boleh kekal sehingga 2 tahun.

Acson Anti VOC Spray mudah digunakan bagi meminimumkan pendedahan kepada VOC. Ia boleh digunakan di seluruh dinding, perabot, lantai, karpet dan banyak lagi (kecuali peralatan rumah, soket suis, lukisan, perkakas makan, produk logam, sutera dan kulit bermutu tinggi). Selepas digunakan, ia memerlukan masa 24 jam untuk membentuk lapisan salutan.

Nano Titanium Dioksida yang bertindak sebagai fotokatalis yang kemudiannya akan menguraikan bahan serta bakteria berbahaya ke dalam air dan karbon dioksida, dengan kehadiran lampu (cahaya matahari atau cahaya lampu). Tanpa gosokan yang kuat di permukaan, kesan fotokatalis boleh bertahan sehingga 2 tahun.

Di samping perlindungan yang tahan lama terhadap VOC dan bakteria, Acson Anti VOC Spray juga berkesan menghilangkan bau serta selamat untuk kegunaan dalaman. Contohnya, bau yang terhasil daripada lukisan dinding, perabot dalaman dan persekitaran dalaman yang baru diubahsuai boleh dihilangkan dengan dengan semburan Acson Anti VOC Spray.

Acson Anti VOC Spray dijual di Acson online store bermula pada 29 Oktober 2019 berharga RM 209. Untuk keterangan lanjut, sila layari acson.com.my