Shukri Yahaya Kena Prank Dengan Tya Adnan Tentang Kehamilan?

Bestnya!

Ingatkan dapat hadiah sebuah telefon Iphone baharu, rupa-rupanya kena prank dengan isteri sendiri. Aktor Shukri Yahaya dan isterinya, Tya Adnan meraikan ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-4 pada 20 November. Jadi sempena dengan sambutan itu, Tya memuat naik video di IGTV nya memberikan sebungkus kotak sebagai hadiah kepada suaminya.

Menerusi video itu, Shukri dilihat teruja dan tersenyum apabila melihat sebuah kotak Iphone selepas membuka hadiah itu. Namun Shukri kelihatan terkejut dan menjerit kegembiraan apabila mengetahui Tya kini hamil anak kedua.

“Cepatnya doa you termakbul, sayang. Kan?”, kata Tya kepada Shukri yang begitu gembira melihat keputusan ujian kehamilan itu. Sebelum ini, Shukri mendedahkan yang Tya pernah keguguran pada bulan Mac lalu. Walaupun kecewa, tetapi mereka redha dengan ketentuan itu. Bagaimanapun rezeki dan impian mereka kini termakbul dan Tya disahkan hamil.

Tya atau nama sebenarnya Siti Nurfatihah Ahmad Adnan, 27, dan Shukri Yahaya mendirikan rumahtangga pada 20 November 2015 dan telah dikurniakan seorang anak perempuan, Aaira Ameena, 3 tahun. Tya yang dulu dikenali sebagai pelakon telah membuatkan keputusan mengundurkan diri daripada dunia lakonan selepas berkahwin. Jelita mendoakan agar Tya diberikan kesihatan yang baik sepanjang kehamilan. Tahniah!

Foto & Video: instagram.com/tyaadnan