Senarai Penuh Kabinet, PM Lantik Empat Menteri Kanan

Tiada keperluan melantik TPM buat masa ini.

Perdana Menteri ke-8 Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengumumkan pembentukan 26 kementerian yang akan membantunya menyelaras hal ehwal Kabinet.

Menariknya kali ini, beliau tidak melantik mana-mana Ahli Parlimen sebagai Timbalan Perdana Menteri sebaliknya Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai empat menteri kanan.

Empat menteri kanan berkenaan – ahli PPBM dan Bekas Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali; Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob; Naib Yang Dipertua Kanan PBB, Fadillah Yusof; dan Ketua Penerangan PPBM, Mohd Radzi Md Jidin – akan menyelaras bidang ekonomi, keselamatan, pembangunan prasarana, serta pendidikan dan sosial “dengan lebih cekap dan berkesan”.

Tambah beliau, dengan adanya empat menteri-menteri kanan ini, tiada keperluan untuknya melantik seorang timbalan perdana menteri buat masa ini. Barisan menteri kali ini menyaksikan seramai 9 ahli Umno, MCA dan MIC 1, PPBM 7, PAS 3, Gabungan Parti Sarawak 4, Parti Bersatu Sabah 1, dan 3 bekas pemimpin PKR yang menyertai PPBM baru-baru ini.

1 of 8

1 of 8