Seleksi Set Hari Natal Daripada Marks & Spencer

Koleksi Krismas istimewa untuk anda berikan!

Marks & Spencer menawarkan pelbagai set Krismas untuk musim keraian kali ini mulai daripada pakaian hingga ke kelengkapan dandanan diri untuk wanita mahupun lelaki. Set Krismas ini sering menjadi kegilaan orang ramai disebabkan ia hadir dengan bingkisan yang menarik.

Serlahkan gaya Krismas anda dengan persalinan elegan dan berkilau. Ia hadir dengan material seperti sutera, baldu serta metalik bersama perincian labuci sebagai persalinan ke parti koktel musim ini. Namun, sesuai juga disarungkan ke pejabat untuk tampil lebih feminin. Lengkapkan dengan kasut tumit tinggi glitter, aksesori, juga beg tangan pasti untuk memukau perhatian ramai.

 

Selain itu, Marks & Spencer turut menawarkan set baju tidur Mini Me Family sepadan untuk kanak-kanak berusia satu tahun hingga 16 tahun dengan slogan Krismas yang menghiburkan.

Beri kejutan pada si dia dengan pemberian mewah daripada bingkisan Krismas Marks & Spencer. Gaun sutera dan kelengkapan dandanan diri buat wanita malah kemeja serta wangian sesuai diberkan kepada lelaki. Pemberian ini pasti sangat bermakna dan menjanjikan senyuman lebar pada raut wajah mereka.

Marks & Spencer turut menyediakan hamper makanan mengikut bajet anda untuk penggemar coklat dan biskut dengan nilai pemberian sangat berbaloi. Terdapat beberapa bingkisan seperti tin Santa Wobbler berbentuk Santa diisi biskut coklat, ikonik tin biskut bas London dipenuhi dengan shortbread yang paling laku di M&S, serta koleksi coklat pelbagai perisa. Selain itu, M&S turut menawarkan kek, puding, pai dan kek buah yang sangat sesuai dihidangkan untuk seisi keluarga. Marks & Spencer Makanan Krismas ini boleh didapati di M&S KLCC, 1 Utama, The Gardens Food Kiosks, Mid Valley Food Standalone Store, Sunway Pyramid, Bangsar Shopping Centre, The Mall Mid Valley Southkey Mall sementara stok masih ada.