Selain Kaki, Bahagian Tubuh Ini Juga Terjejas Oleh Kasut Tumit Tinggi

Bukan sahaja kaki yang sakit!

Wanita yang memakai kasut tumit tinggi akan mengalami rasa sakit, menurut kajian yang dijalankan oleh Persatuan Perubatan Podiatric Amerika. Tetapi bukan kaki sahaja, bahagian tubuh lain juga boleh terjejas dan membawa kepada masalah kesihatan yang lebih serius.

Jelita kongsikan tiga bahagian tubuh yang terjejas akibat penggunaan kasut tumit tinggi.

Pinggul

Apabila anda memakai kasut tumit tinggi, badan perlu mengekalkan keseimbangannya. Untuk melakukan itu, bahagian bawah belakang akan ditolak ke hadapan dan penjajaran pinggul dan tulang belakang akan berubah. Flexor pinggul perlu sentiasa fleksibel untuk mengekalkan keseimbangan. Dan jika anda sering memakai kasut tumit tinggi untuk jangka masa yang panjang, ia boleh memberikan tekanan pada otot ini sekali gus menyebabkan sakit pinggul.

Lutut

Berat badan akan beralih ke arah bola kaki apabila anda memakai kasut tumit tinggi. Oleh itu, lutut perlu ke hadapan untuk mengekalkan keseimbangan, sekali gus memberikan tekanan tambahan kepada bahagian itu. Ini boleh menyebabkan osteoarthritis. Gejala biasa termasuklah rasa sakit sendi, kebas dan pergerakan yang terhad.

Tulang Belakang

Biasanya tulang belakang mempunyai lengkungan lembut. Ini membolehkan ia mengurangkan tekanan dari pergerakan badan. Apabila anda memakai kasut timit tinggi, lengkung di bawah punggung akan bertambah dan keselarasan tulang belakang berubah. Ini boleh menyebabkan penggunaan otot berlebihan dan sakit belakang.

Perubahan anatomi di bahagian tulang belakang boleh membawa kepada beberapa isu kesihatan. Sebagai contoh, ada kemungkinan untuk menghidap penyakit saraf tulang belakang yang dikenali sebagai stenosis foraminal. Ia boleh menyebabkan rasa sakit, lemah otot dan kekejangan.

Sumber Gambar: Depositphotos