Persiapan Awal Untuk Isteri Sebelum Kehilangan Suami

Jangan menyesal di kemudian hari!

Perancangan awal menghadapi kematian memang perlu dibincangkan kerana sudah terang lagi yata bahawa mati itu adalah pasti. Berikut beberapa perkara penting yang perlu diketahui isteri dan memerlukan persiapan awal:

  • Memahami perihal pengurusan harta pusaka dan sepencarian serta mengetahui akan hak isteri terhadap harta peninggalan suami. Ini penting untuk mengurus harta yang ditinggalkan mengikut syarak iaitu faraid dan wasiat.
  • Cakna dengan hutang atau pinjaman yang dibuat oleh suami untuk diselesaikan kemudian hari.
  • Mengambil tahu hal berkaitan syarikat atau agensi insurans suami (jika ada) bagi memudahkan proses tuntutan dilakukan.
  • Ambil tahu semua akaun bank simpanan suami. Ini penting untuk membuat pemindahan atau pengeluaran wang untuk kegunaan proses pengebumian, melunaskan hutang, perbelanjaan anak-anak dan lain-lain keperluan.
  • Ambil tahu tentang tempat kerja, majikan dan rakan sekerja suami agar mudah untuk memaklumkan akan ketiadaan suami di kemudian hari. Ini dapat memudahkan proses dan tindakan selanjutnya daripada pihak pengurusan tempat kerja suami.
  • Belajar untuk berdikari kerana semua urusan anak, keluarga dan rumah akan diambil alih dan dikendalikan sendiri selepas ketiadaan suami.
  • Persediaan mental dan emosi bagi mengelakkan fasa kesedihan dan kemurungan yang melampau. Kepercayaan yang tinggi serta kefahaman yang mendalam tentang konsep Qada’ dan Qadar dapat membantu proses mengawal perasan dan fikiran setelah kehilangan orang yang tersayang. Jika tidak, dapatkan khidmat kaunseling secara profesional.
  • Bersosial dengan masyarakat setempat dan mendekati ahli jemaah surau dan masjid dapat memudahkan urusan jenazah dikendalikan. Dinasihatkan agar mendaftarkan diri dalam khairat kematian di kawasan bermastautin.
Sumber Gambar: Depositphotos